View: 377|Reply: 0
|
[Pahang]
Dua kali siren amaran JPS berbunyi
[Copy link]
|
|
DATARAN Kampung Bantal mula dilimpahi air Sungai Tembeling.
Jerantut: Dua kali siren amaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berbunyi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling hari ini susulan paras Sungai Tembeling yang meningkat akibat hujan lebat berterusan.
Siren itu dilapor berbunyi pada 6.25 petang dan 7,03 malam yang mengakibatkan penduduk di pesisir sungai mula melakukan persiapan.
Seorang penduduk, Wan Mohd Zakuan Wan Norahan, 36, berkata, mereka bersiap sedia setelah mendengar siren dan turut mendapati berlaku limpahan air Sungai Tembeling dan Sungai Sepia di kawasan dataran, kedai, jeti dan pondok wakaf.
"Kebanyakan kedai kopi dan rumah di pesisir sungai ini dipasang tong sebagai pelampung dan penduduk tidak bimbang dengan keselamatan harta benda kerana sudah bersiap sedia dengan situasi ini," katanya.
Penduduk Kampung Bantal Seberang, Jasmizan Rashid, 44, pula berkata, aktiviti sungai seperti menangkap ikan dan bot penambang dihentikan buat sementara kerana arus Sungai Tembeling deras.
"Pemilik kedai kopi dan kedai runcit turut bersedia menyimpan barang jualan masing-masing sekiranya air sungai semakin naik," katanya.
Limpahan Sungai Tembeling katanya, boleh menyebabkan banjir di Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi, Kuala Tahan dan beberapa tempat lain di kawasan hilir sungai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amaran-jps-berbunyi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|