CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Kelantan] 'Bagaimana kalau kami yang pergi dulu...'

[Copy link]
Post time 7-2-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Tempoh 11 tahun menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang terlantar, bukanlah satu perkara yang mudah, namun itulah pengorbanan seorang warga emas dari Kampung Bunut Payong, dekat sini.

Zuriah Ibrahim, 61, berkata, dia tidak pernah lelah menguruskan anaknya, Abdul Rahman Hasan, 31, namun apa yang dibimbangkan adalah nasib anak syurganya itu sekiranya dia atau suami, Hasan Mat, 67, 'pergi' terlebih dulu.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu dilahirkan normal, namun segalanya berubah apabila dia diserang demam panas ketika berusia empat tahun dan lama kelamaan mula kehilangan keseimbangan untuk berjalan.

"Ketika usia 20 tahun, anak saya sudah lagi tidak mampu berjalan serta menguruskan diri dan hanya terbaring kaku di atas katil selain akan merengek untuk menarik perhatian apabila lapar atau memerlukan susu.

"Sejak itu, kami menjaganya secara bergilir-gilir termasuk menyuap makan, minum, menukar lampin pakai buang dan memandi atau mengelap badannya pada setiap hari," katanya ketika ditemui.

Zuriah berkata, setiap bulan dia perlu membelanjakan hampir RM1,000 untuk membeli keperluan Abdul Rahman dan bersyukur anaknya itu memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.

"Wang bantuan yang diperoleh ini digunakan sepenuhnya untuk membeli keperluan Abdul Rahman, namun ada kalanya ia tidak mencukupi.



ZURIAH Ibrahim cekal menjaga anak lelakinya yang juga OKU Abdul Rahman Hasan yang terlantar sejak 11 tahun lalu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

"Anak saya hanya bergantung kepada susu formula yang diberikan dua kali sehari selain makan bijirin dan makanan lembut.

"Suami saya hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu manakala dua lagi anak perempuan masing-masing sudah berkahwin dan sebolehnya tidak mahu membebankan mereka walaupun ada membantu," katanya.

Katanya, meskipun tulang empat keratnya sudah tidak sekuat mana, namun dia berjanji akan tetap menjaga anak syurganya itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sehingga ke akhir hayatnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0300341000169202 atas nama Zuriah Ibrahim.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pergi-dulu-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036288 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list