View: 376|Reply: 0
|
[Terengganu]
Geng Amri tumpas
[Copy link]
|
|
Besut: Dua bekas banduan bersama seorang lagi rakannya yang bergerak aktif melakukan kegiatan pecah rumah sekitar Kampung Raja dan Kuala Besut sejak Disember 2022 sehingga Januari lalu akhirnya tumpas selepas ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kumpulan penjenayah dikenali 'Geng Amri' diketuai suspek utama dikenali sebagai Amri bermula November tahun lalu selepas dia dibebaskan dari penjara.
Katanya, semua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan pada Isnin dan Selasa minggu lalu berumur dalam lingkungan 30an hingga 40an dan bekerja sebagai buruh.
"Hasil siasatan yang dijalankan ke atas semua suspek berjaya mengesan pembabitan mereka dengan lima kes pecah rumah dengan kerugian bernilai RM 17,000.
"Ketiga-tiga tangkapan juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Barang kes juga turut dirampas.
"Berdasarkan rekod kesalahan lampau, Amri mempunyai lapan rekod jenayah berkaitan kes dadah serta pelbagai jenayah lain manakala rakannya pula terbabit dengan enam rekod jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rozak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan rumah dengan bersembunyi bagi maksud melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.
"Orang awam juga diminta terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 80/geng-amri-tumpas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|