CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Kelantan] Perut remaja membusung akibat ketumbuhan

[Copy link]
Post time 11-2-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode

Siti Nazirah bersama anaknya Nor Ariana yang menanggung derita apabila mengalami ketumbuhan dalam perut.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Usianya baru 11 tahun tetapi perlu menanggung derita apabila mengalami ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan pergerakannya terhad dan terpaksa berhenti sekolah sejak lebih setahun lalu.

Sejak disahkan mempunyai ketumbuhan cyst atau Teratoma pada Ogos 2021, kehidupan anak sulung daripada dua beradik, Nor Ariana Mohd Shahrul Afendi berubah 100 peratus berikutan perutnya yang membesar dan kini melebihi 30 sentimeter (cm).

Ibunya, Siti Nazirah Razali, 33, berkata, pada Ogos 2021, anaknya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Katanya, ketika di HUSM, pakar perubatan mengesahkan anaknya menghidap Teratoma atau ketumbuhan dalam perut dan terpaksa melakukan rawatan kemoterapi.

"Selepas enam kali kitaran rawatan kemoterapi, ketumbuhan di dalam perut anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah anak tidak boleh berjalan dan terlantar selama empat bulan.

"Nor Ariana sepatutnya melakukan pembedahan tetapi mempunyai risiko yang tinggi. Ekoran daripada itu, doktor tidak dapat melakukan pembedahan terhadap anak kerana keadaan perutnya yang membusung dan akan membahayakan nyawa sekiranya pembedahan diteruskan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Belukar, Badang, Jalan PCB, hari ini.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia terpaksa menghentikan rawatan kemoterapi terhadap anaknya buat seketika bagi mendapatkan rawatan lain.

Siti Nazirah berkata, dia dan suaminya, Mohd Shahrul Afendi Mat, 36, membawa anak sulung mereka mendapatkan rawatan di Kuantan, Pahang dan berharap anaknya kembali sembuh seperti sebelum ini.

"Selepas setahun menjalani rawatan, anak saya kini sudah semakin sihat dan boleh berjalan seperti sedia kala walaupun perutnya masih membusung.

"Namun, anak saya tidak dapat meneruskan persekolahan sejak lebih setahun yang lalu berikutan mempunyai risiko tinggi kerana dia tidak boleh duduk terlalu lama," katanya.

Menurutnya, anaknya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan sejak Mac tahun lalu, keluarga dan jiran, selain bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan

Sokongan Anak-Anak Kanser (PESONA) Malaysia.

Sementara itu, Nor Ariana melahirkan rasa rindunya untuk kembali bersekolah, namun tidak dapat berbuat demikian kerana perutnya yang semakin besar.

"Saya harap kembali sembuh kerana mahu meneruskan persekolahan. Untuk melepaskan rindu saya akan membaca buku di rumah," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... g-akibat-ketumbuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037376 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list