CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 1

Labur RM30j buka pusat sehenti Baskin-Robbins

[Copy link]
Post time 14-2-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Labur RM30j buka pusat sehenti Baskin-Robbins


SULAIMAN (tiga dari kanan) bersama pengurusan kanan AmBank dan Golden Scoop.


Kuala Lumpur: Golden Scoop Sdn Bhd, francaisi induk dan pengendali Baskin-Robbins Malaysia & Singapore melancarkan Pusat Rantaian Bekalan Sehenti (OSSCC) di Bandar Serenia, Sepang.

Pelaburan RM30 juta itu dibiayai sebahagiannya oleh AmBank Group dan dijangka mengukuhkan lagi fungsi simpanan, pengeluaran dan pengedaran, sekali gus membolehkannya mengembangkan kapasiti melangkaui 150 cawangan sedia ada merentasi Malaysia dan Singapura.

Kilang baharu itu dilengkapi dengan sistem pemerolehan semula automatik yang membantu mengautomasi proses berulang, mengurungkan tenaga buruh manual,dan meningkatkan kecekapan keseluruhan serta kualiti produk.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, adalah sesuatu menarik menyokong syarikat gergasi aiskrim seperti Baskin-Robbins Malaysia yang merangsang masa depan industri makanan dan minuman (F&B) di rantau ini.

"Kami berharap dengan pembiayaan ini, Golden Scoop akan dapat mentransformasi dan memodenkan proses pengeluarannya, sambil melaksanakan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi terus meningkatkan kecekapan serta keberkesanan proses.

"Ini juga sejajar dengan aspirasi pendigitalan AmBank sendiri sebagai sebuah institusi kewangan yang mengalu-alukan kedatangan IR 4.0 dan memperkasakan pelanggan bagi meneruskan kecemerlangan operasi yang dipacu secara digital," katanya ketika pelancaran rasmi kemudahan itu, semalam.

Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan AmBank Group, Christopher Yap, menambah kumpulan perbankan itu sentiasa menyokong pelanggan yang menggunakan teknologi baharu dan kaedah inovasi untuk menjalankan perniagaan.

"Golden Scoop menjadi pelanggan AmBank Group selama 12 tahun, saya gembira untuk melihat mereka melalui perjalanan ini dan menyaksikan pengembangan berterusan syarikat itu di Malaysia dan luar negara. Saya juga mahu mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejayaan projek ini," katanya.

Presiden Golden Scoop, Datuk Cheah See Yeong berkata, syarikat mahu menzahirkan penghargaan ikhlas kepada AmBank Group atas sokongan dan kepercayaan menjadikan projek ini satu realiti.

"OSSCC akan membolehkan Golden Scoop untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam industri aiskrim premium di Malaysia dan Singapura," katanya.

Golden Scoop ditubuhkan pada 1988 dan berada dalam pasaran selama lebih daripada 30 tahun.

Syarikat itu sudah membina rantaian cawangan yang meluas dan memegang penguasaan pasaran yang besar dalam industri aiskrim premium.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... enti-baskin-robbins

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 03:24 AM | Show all posts
terbaik, hasil dan perubahan belum bisa dipastikan namun masa membuat kita semakin bijak dan memilih banyak peluang baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.430772 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list