View: 363|Reply: 0
|
[Kelantan]
Suami isteri antara ditahan sembunyikan Pati
[Copy link]
|
|
Pasir Mas: Tindakan pasangan suami isteri menjadikan rumah mereka sebagai tempat menyembunyikan pendatang asing tanpa izin (Pati) membawa padah apabila mereka ditahan polis di Ketereh di sini, Jumaat lalu.
Pasangan berusia 30-an ditahan bersama-sama 26 lagi termasuk lima lelaki tempatan, seorang wanita tempatan serta masing-masing 10 lelaki dan wanita warga Myanmar pada 6 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan dilakukan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) selepas mendapat maklumat.
"Hasil serbuan kita tahan 28 individu termasuk pasangan suami isteri berusia antara 14 hingga 38 tahun
"Suami isteri yang ditahan itu membenarkan rumahnya dijadikan transit warga asing.
"Sementara, warga tempatan ini mempunyai peranan masing-masing termasuk sebagai transporter," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.
Muhamad Zaki berkata, siasatan mendapati, warga asing itu mengaku dibawa menyeberang Sungai Golok dan ke rumah itu sebagai transit sebelum dibawa ke lokasi lain.
"Warga tempatan ditahan dan direman selama 28 hari mengikut Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya.
"Saya percaya ada lagi masyarakat kita yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan transit kepada warga.
"Jadi saya menyeru masyarakat untuk sama-sama memberi maklumat," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-sembunyikan-pati |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|