View: 395|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pokok bunga pun seludup melalui Sungai Golok
[Copy link]
|
|
Sebanyak 110 pokok bunga pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM3,400 dirampas di Pangkalan Haram Padang, Kampung Limau Purut, di sini oleh ATM. FOTO IHSAN MAQIS
Rantau Panjang: Sebanyak 110 pokok bunga pelbagai jenis dirampas ketika cuba dibawa masuk dari Thailand ke negara ini melalui Sungai Golok.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan menerusi kenyataan media hari ini berkata, rampasan itu dibuat di Pangkalan Haram Padang, Kampung Limau Purut, di sini oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelmarin.
"Rampasan membabitkan 110 pokok bunga pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM3,400 dan ia cuba dibawa masuk ke negara ini menerusi Sungai Golok dengan menggunakan perahu.
"Kesemua barangan itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen," katanya.
Menurut kenyataan media itu lagi, perbuatan mengimport pelbagai jenis pokok bunga adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elalui-sungai-golok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|