View: 402|Reply: 0
|
[Pahang]
Selepas dua kematian, Orang Asli Simoi Lama lega gajah ditangkap
[Copy link]
|
|
GAJAH jantan yang ditangkap di Kampung Orang Asli Simoi Lama. FOTO Perhilitan
Kuantan: Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menangkap gajah jantan di Kampung Orang Asli Simoi Lama, Lipis semalam.
Pengarah Perhilitan Pahang Rozidan Md Yasin berkata, penduduk setempat menemukan haiwan berkenaan di kawasan kampung mereka sebelum bertindak menghalaunya masuk ke hutan berhampiran dan menghubungi UTG.
"Kita berjaya menangkap gajah jantan berkenaan kira-kira 12 tengah hari semalam, haiwan itu diikat pada pokok sebelum operasi memindah yang akan dilakukan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang Temerloh.
"Gajah jantan dewasa itu mempunyai saiz ukuran tapak kaki 17 inci dan sepasang gading," katanya menerusi kenyataannya, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang, Johari Alwi berkata, kejayaan Perhilitan menangkap gajah itu meredakan kegelisahan penduduk berikutan ancaman kumpulan gajah liar di situ sejak Disember lalu.
"Dua kejadian serangan gajah yang menyebabkan dua kematian penduduk Orang Asli di Pos Senderut dan Pos Betau sebelum ini menjadi kemuncak kepada kebimbangan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ega-gajah-ditangkap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|