View: 34979|Reply: 255
|
Saiz Badan Bebytora Dikutuk, Suami Disuruh Cari Lain Sebab Dah 4 Tahun Kahwin Tak Ada Anak
[Copy link]
|
|
Personaliti media sosial Bebytora bagaikan sudah lali dengan kecaman netizen, mana tidaknya dari bujang sampai jadi isteri orang asyik 'kena' sahaja.
Bukan hanya saiz badan, Bebytora juga sering digasak dengan soalan tentang cahaya mata sehingga perkara itu menjadi satu kebiasaan buatnya.
Foto: IG
"Ada masanya saya penat juga orang tanya tentang zuriat. Macam dah putus asa. Kadang-kadang rasa sedih sebab saya sedar kekurangan diri. Tapi sebenarnya benda tu lama-lama dah jadi kebiasaan, saya pun dah lali.
"Apabila orang nasihat suruh kuruskan badan, saya ambil positif teguran itu. Cuma bab hinaan sampai buat akaun Instagram palsu, saya rasa tak perlu kot. Hidup di dunia ini tak lama. Semua ada ujian masing-masing.
"Jadi jalanilah hidup kita dengan tenang dan bahagia, tak perlu kacau hidup orang. Apa yang kita cakap akan berbalik kepada diri sendiri suatu hari nanti," ujarnya kepada mStar.
Biarpun belum dikurniakan cahaya mata, Bebytora berkata dia bahagia dengan cara tersendiri dan sibuk bekerja demi mencari wang buat keluarga.
Paling manis, Bebytora dan suaminya, Muhammad Hafis Al Haffus Johari, 31, baru sahaja membeli sebuah kediaman di Sepang, Selangor pada tahun lalu.
Malah, Bebytora dan suami turut meluahkan hasrat membawa keluarga mereka mengerjakan umrah di Tanah Suci pada tahun ini.
Dalam pada itu, suaminya yang senang disapa Apit mengakui dia juga tidak terlepas dengan kecaman netizen, namun menganggap ia sebagai lumrah biasa di media sosial.
Baru-baru ini ada netizen yang turut memberi cadangan agar Apit berkahwin lain kerana masih belum dikurniakan cahaya mata dengan Bebytora.
"Setiap kali saya live dengan isteri, mesti hangpa suruh saya kahwin lain. Walaupun saya tak ada anak, tak ada zuriat, tapi saya bahagia dengan isteri. Walaupun saya tiada keturunan, saya percaya rezeki Allah.
"Walaupun dah empat tahun kami kahwin, belum ada zuriat, belum ada keturunan. Saya memang suka dengan budak-budak, tapi famili saya ramai budak-budak. Kerana saya tak ada rezeki lagi nak main dengan anak sendiri, saya mainlah dengan anak orang.
"Cuma kalau saya main dengan anak orang, malam-malam tak perlu tukar lampin. Rezeki berbagai cara. Ada setengah orang senang beranak, setengah orang anak dua, tiga orang duduk rumah sewa lagi. Macam tu lah," ujar Apit.
Menurut Apit lagi, dia tidak mampu untuk menutup mulut netizen dan berharap mereka lebih berhati-hati dalam menulis komen di media sosial.
"Soalan macam tu berterusan. Biasa la mulut orang, mana boleh tutup. Tapi tak semua netizen yang jahat. Ada sesetengah je. Bagi saya, kata-kata kesat ni dah jadi asam garam.
"Dulu masa mula-mula kahwin, memang saya rasa sentap. Tapi lama-lama saya sedar, kita dah masuk bidang media sosial, jadi kita kena terima. Saya anggap mereka bergurau saja.
"Cuma kalau nak tegur tu, boleh saja direct message (DM). Saya sentiasa balas. Tapi sebelum nak kata apa-apa tu, bawa-bawa la mengucap dua kalimah syahadah," ujar Apit berseloroh.
Menurut Apit lagi, dia enggan terlalu memikirkan soalan tentang zuriat, sebaliknya mahu fokus membantu isteri dan membangunkan perniagaan sendiri.
"Dulu saya pernah ada kedai ayam Korea. Tapi kedai dah ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak setahun lepas, saya usahakan produk sambal. InsyAllah akan ada produk kedua tak lama lagi.
"Saya banyak habiskan masa dengan isteri. Tolong dia ke sana-sini, saya yang tolong drive. Dia bukan saja dapat job di Selangor dan Kuala Lumpur, tapi sampai ke Perak, Terengganu, Kelantan dan banyak lagi.
"Jadi kami fokus hidup kami saja. Yang orang kata macam-macam, kami biarkan. Kami cuma nak cari rezeki," ujar Apit lagi.
Untuk rekod, Apit dan Bebytora mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019 dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke empat pada bulan depan. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esbok at 16-2-2023 10:33 AM
Nasihat sis yang dah tuo ni , buruk benarnya makan depan camera. Tak semua orang makan cantik. Hang kene kuruih sihat kan badan bukan utk sesapa, untuk diri sendiri. Tak seronokkah lihat diri sendiri sihat dan jalan hidup dgn lebih lancar dan tak mengah.
Gemug is not osem. |
|
|
|
|
|
|
|
tora ni duit bnyk kalau dah susah sgt nak jaga makan n senam nape x buat BS je?
in fact dia pon pernah review psal BS ni
aihhh rela diri gemok besar mcm tu
ke sbb dia takut kalau buat BS xleh nk makan bnyk2 mcm yg dia duk buat review skrng ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
gila nak kawin lain..
sah-sah si bini yang banyak duit..
anyway, i geli sungguh tengok dia makan..
tak boleh ke makan senonoh sikit..
kalau kau makan sorang nak buat lahap gitu lantak la..
tapi ni depan camera kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa gambar2 yg diperlihatkan asyik gambar makan2 je. Ini makan untuk hidup ke atau hidup untuk makan. Bukan tak boleh makan, tapi berpada2lah sebab penyakit tu puncanya drp makanan. Bila dah obes nanti payah nak kurus tapi mudah menjemput sakit. Bukan nak mencaci, tapi sekadar nasihat, jagalah sehat sebelum sakit. Dah sakit nanti, fizikal sakit, perasaan sakit, hati pun sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau review makanan mmg kene lahap skali byk ke.. makan skit2 xleh ke.. tora ni makin lama makin bsr .. maybe die kena kurus baru blh pregnant |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. menyumbat tak hagak2..
bersepai food tu...
tgk makan dah sedap tp tgk dia makan mcm ermmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau da makan gelojoh cam babi memang patut la kena kecam si anat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lahaiiii ini jelah modal si Tora Rimau Jadian ni. Kau gemok sebab kau kuat makan. Iolls gerenti berat badan sheolls yg maybe lead to obesiti, PCOS, 3 serangkai, fertility problem, yg menyukarkan sheolls utk peknen. Stop laaa buat keje2 mukbang ni. Amalkan gaya hidup sihat. Kalau susah nak peknen, pegi check kesuburan. Mmg ujung2 doktor pesan utk jaga pemakanan. Rengsa sikit2 nak relate orang suruh laki dia yg muka bukannya ensem & berduit tu cari lain sebab sheolls gemok & tak peknen2. Dah takde sape nak cakap pasal kau dik. Kau bukan relevan pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai kan dah cakap dekat dia utk turunkan berat badan kalau nak peknen. Bukan kata orang gemok takleh peknen. Orang gemok kalau baru 3-4 bulan kawin ada je yg peknen. Tapi kalau bertahun kawin tak peknen, mesti ada isu dgn tahap kesuburan. Tapi dia akan meroyan kalau orang cakap gitu. Mcm takleh teirma dia gemok takleh peknen. Iolls suspek dia ada PCOS. Kuat nau melantak & badan makin dipam2.
|
|
|
|
|
|
|
|
..Saya banyak habiskan masa dengan isteri. Tolong dia ke sana-sini, saya yang tolong drive. Dia bukan saja dapat job di Selangor dan Kuala Lumpur, tapi sampai ke Perak, Terengganu, Kelantan dan banyak lagi..
Bini pelahap pun banyak job...takkan lah laki biawak nak kawin lain kan....
Orang lain buat food review elok je nampak menyelerakan, tora doraemon ni buat terus rasa jijik, makanan bersepai, air liur menjejes kena makanan dalam mangkuk/pinggan... memang geli nak mampos... bukan sebab org geli kutuk badan gundu kau sangat pun... ramai je org gemok makan elok je tak macam kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
syg duit bnyk tp biar je badan membesar sama besar dgn rumah n kete
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahhh kalau tak mekap & filter, lain kaler muka.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kuruskan la badan secara sihat utk senang beribadah. Jangan susahkan orang kurus nak papah kau bila kau sakit nanti. Satu hal pulak nak kena angkat keranda bila kau dah dijemput Ilahi |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia bkn sbb kecaman netz, tp kesian tgk dia.. umur muda lg, ada duit, tp badan dah 100kg lebih... bila org tegor dia marah pulak.. mmg la nmpak suami dia syg dia.. sgt.. sbb tu dia pun x rasa nk kurus, rasa secure sgt dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mne nk krus klo dh kje review mkanan je .xkn laki nk crik len lak dh dia yg byk duit.cuba mkn elok2 skit. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kalau org nasihat dia nnt dia nganjing2kan org balik..bila ada yg kutuk siap buat reply post org tu...yg reramai nasihat bebaik elok2 xde dia ckp tq ke apa...yg hina2 juga dia reply...bodoh dia ni...pastu mula laa bt ayat sedih apa semua....ko tenang2 je lah hidup ko tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semestinya kurus baru dapat mengandung.. tidak ea.. tapi yang pasti kuruslah untuk kesihatan.. kurus untuk gaya hidup.. senang nak kemaih umah senang nak jalan2 gan tok laki senang nak berjimba la pokok pangkalnya.. tp dia ni sikit2 meratib.. tp xde perubahan.. puasa jekla setahun ni.. bg susut sket.. senang citer.. suh sukan sah tak boleh.. cut jekla makan.. time review jek makan.. hah ni cdangan utk mu tora.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ditegur makin melebar badan dia.. Orang tegur sebab risau penyakit macam2 sekarang.. Kalau rasa laki tu masih sayang haa ko gemuk je laa sampai nak lalu pintu pon tak muat.. Jangan meraung pulak nanti bila tau laki ko senyap2 pi mesej spesis babi penyondol.. Time tu baru laa nak gigih diet... Orang jantan ni mulut je kata tak buat.. Belakang alim taik kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm. Kesian juga kalau selalu ditanya macam tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|