View: 2486|Reply: 9
|
Mat Salleh Jual Nasi Lemak RM3 Ini Kongsi Petua Masak Sambal Sedap
[Copy link]
|
|
Ingat lagi tak dua tahun lepas viral Mat Salleh jual nasi lemak RM3 dan sold out selepas 2 jam jualan? Hah, kali ini beliau tak kedekut ilmu untuk kongsi petua cara nak masak sambal tu lagi sedap tau!
Macam yang kita tahu, nasi lemak merupakan hidangan yang sangat ikonik dari Malaysia.
Turut menjadi kegilaan pelancong yang datang ke Malaysia termasuk jejaka dari US ini sehingga sanggup belajar buat nasi lemak dan menjual di sini.
Dikenali sebagai Michael White, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Malaysia, dia telah berhijrah ke sini sambil membuka sebuah restoran.
White mula mendapat idea untuk menjual Nasi Lemak ketika restorannya sedang diubah suai. Memakan waktu beberapa bulan dan ingin mengisi waktu yang lapang, dia telah tergerak untuk menjual hidangan popular itu dengan membuka sebuah gerai kecil di hadapan pintu masuk TTDI Park, Kuala Lumpur.
Ini Teknik Masak Sambal Sedap
White tidak keberatan untuk kongsi rahsia menyediakan sambal nasi lemak yang cukup enak. Menurutnya, selain ramuan yang digunakan, teknik juga memainkan peranan yang penting.
Menggunakan air panas untuk merendam cili kering, White kemudian menasihatkan untuk simpankan air tersebut untuk diguna kemudian.
Selalunya orang ramai akan membuang air itu tapi ia boleh digunakan bagi menyedapkan lagi sambal.
Selepas itu, dia juga turut kongsikan bahawa dia turut menambahkan dua rempah ekstra tapi hal itu dirahsiakan.
Nasi Lemak ini sungguh unik dan sedap. Tak sangka Mat Salleh pun dapat menjualnya sehingga laku keras sebegitu. Dua jam pun terus habis, agaknya memang sedap dan mempunyai rasa yang autentik.
Agak-agak apa lagi 2 bahan esktra yang dia kata rahsia tu? Jeng jeng jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
Rempah apa? Jintan & biji ketumbar kah?
Gigih iols cuba meneka resepi orang padehal bukan nak masak pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah tapi sambal my mum buat esp with udang letak santan sikit.
Eh restoren dia kat ttdi tu Cengkih ke sampai sekarang renovation. |
|
|
|
|
|
|
|
sambal tumis letak santan memang sedap.
lawan pula dengan nasi lemak, memang cari bantal la lepas makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols mmg fail la buat sambal nasi lemak ni, specially part cili kering tu.
sbb dh biasa masak2 guna cili boh je.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap sebab air tu ada kotoran, debu dan juga kulat2 cili kering lah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 6-3-2023 06:35 PM
Sedap sebab air tu ada kotoran, debu dan juga kulat2 cili kering lah kot.
Hahahah ha tu la yg buat sambal jadi meletop tu kot hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 6-3-2023 06:35 PM
Sedap sebab air tu ada kotoran, debu dan juga kulat2 cili kering lah kot.
Baru nak kata,tak kotor ke? Kalau saya cuci bilas 2-3 kali,rendam, buang air baru rebus. Air rebus tak buang, blend dengan cili. |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 8-3-2023 02:21 PM
Baru nak kata,tak kotor ke? Kalau saya cuci bilas 2-3 kali,rendam, buang air baru rebus. Air rebus ...
Takut dibawa kebiasaan sana diorang memang tak cuci apa pun sayur ayam ikan daging bawang segala masak terus sbb dah prewash. |
|
|
|
|
|
|
| |
|