|
KAMARUL Rizal Kamarudin menunjukkan Menu Rahmah martabak bersaiz besar yang dijualnya di Kedai Murtabak Terbang, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
SEREMBAN: Menu Rahmah pada harga RM5 dan ke bawah yang diperkenal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak bulan lalu terus mendapat sokongan peniaga kedai makan dan restoran.
Bagi memberi kelainan kepada pelanggan, seorang pengusaha martabak memperkenalk makanan berkenaan yang bersaiz besar dan padat pada harga RM5 serta minuman.
Pengusaha kedai Murtabak Terbang, Kamarul Rizal Kamarudin, 43, berkata, dia tidak mahu ketinggalan menyokong usaha kerajaan dan membantu golongan tidak berkemampuan menikmati hidangan yang diinginkan pada harga murah.
“Set makanan Menu Rahmah berasaskan nasi sudah ramai yang perkenalkan, jadi saya terfikir memberi kelainan kepada pengguna yang mana mereka boleh makan martabak yang sedap dan berisi padat pada harga RM5 sahaja.
“Martabak ini bukan ‘kosong’ sebaliknya padat dengan isi ayam atau daging dimakan bersama kuah kari. Biasanya kami jual pada harga RM8 tetapi istimewa untuk Menu Rahmah kami tawarkan harga RM5 sahaja dengan air sirap atau teh o ais,” katanya ketika ditemui di Sikamat di sini.
Katanya, martabak mungkin sukar didapati dan hanya dijual ketika bulan Ramadan, sebaliknya di kedainya menu itu boleh didapati setiap hari.
Sementara itu, seorang pelanggan, Noridah Adnan, 57, teruja dan berpuas hati apabila ada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah selain nasi seperti martabak.
“Saya memang peminat murtabak, bila pertama kali rasa memang sedap dan puas hati. saiznya pula besar lebih kurang saiz kertas A4,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... h-martabak-saiz-a4/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|