|
Mayat mangsa lemas di Pantai Teluk Cempedak, semalam, ditemui di Pantai Tembeling Resort, Kuantan,petang tadi. FOTO ihsan APM dan Bomba
Kuantan: Pemuda yang hilang di Pantai Teluk Cempedak di sini, semalam ditemui terdampar di Pantai Tembeling Resort, di sini, hari ini.
Mayatnya ditemukan pada 2.40 petang, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, orang awam yang berada di lokasi menemui mangsa dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
"Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan mayat kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini," katanya.
Beliau memberitahu susulan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan kira-kira 3 petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, Muhamad Ikhmal Hakim Ahmad, 20, dilaporkan hilang ketika mandi di pantai terbabit bersama dua lagi rakannya.
SAR digerakkan susulan laporan yang membabitkan 49 anggota penyelamat dan 12 aset, termasuk milik APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntai-teluk-cempedak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|