View: 428|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bisnes ketika PKP bawa rezeki
[Copy link]
|
|
NURMASTURINA menunjukan Pizza yang dijualnya di gerai kontena di Bandar Baru, Gua Musang. - FOTO PAYA LINDA Yahya
Gua Musang: Hikmah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat seorang suri rumah, di sini apabila dia berpeluang mempelajari cara membuat piza dengan ahli keluarga dan kini menjualnya kepada penduduk setempat.
Nurmasturina Najihah Hassin, 26, berkata, dia memulakan perniagaan piza dari rumah ketika pandemik Covid-19 pada 2020 atas dasar mahu mencuba dan mengisi masa lapang.
Katanya, berkat kemahiran dipelajari daripada abangnya, Muhammad Aizatul Faiz, 33, dia kini mampu membuka gerai di Bandar Baru di sini.
"Selepas beberapa kali mencuba dan bakar piza hanya untuk makan bersama keluarga, saya memberanikan diri buka tempahan dengan mengiklankan di media sosial dan status WhatsApp.
"Alhamdulillah sambutan diterima menggalakkan terutama dari rakan terdekat dan penduduk di sekitar bandar ini.
"Oleh kerana ketika itu orang ramai tidak dapat keluar rumah, jadi saya buat penghantaran setiap hari (dengan mematuhi peraturan PKP)," katanya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Nurmasturina bersyukur perniagaan ketika PKP itu menggalakkan sehingga dia berjaya melantik ejen di beberapa kawasan di daerah ini.
"Jualan ejen memberangsangkan sekali gus membantu mereka memperoleh pendapatan sendiri.
"Selepas tamat PKP, saya mula membuka gerai di tepi jalan dan menjual di pasar malam sebelum menyewa kontena dengan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)," katanya yang kini mampu menghasilkan 11 jenis piza yang dijual antara RM8 hingga RM18 sebiji.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ika-pkp-bawa-rezeki |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|