View: 386|Reply: 0
|
[Pahang]
Terharu terima bantuan rumah daripada Agong
[Copy link]
|
|
MOHD Khairi bersama isteri dan anak tunggalnya. FOTO Mohd Rafi Mamat
Pekan: "Saya bersyukur dan hanya mampu mengucapkan terima kasih pada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengurniakan rumah dan juga kedai," kata Mohd Khairi Othman, 47.
Mohd Khairi yang lelaki orang kelainan upaya (OKU) tanpa tangan dan kaki itu berkata, rumah sumbangan menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah (Yasa) amat bermakna buat dia dan keluarganya.
"Saya bagaikan tidak percaya apabila pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Pekan menyatakan saya menerima rumah bersama kedai kurniaan Yasa yang dibina di tanah milik sendiri.
"Sebelum ini saya bersama isteri bersama isteri (Zaleha Mohd Nafis, 49) dan anak tunggal (Muhammad Tasnim, 12) berteduh di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina pada 2011 di tanah arwah ibu dan kini menjadi tanah pusaka.
"Saya juga mendapat bantuan kedai runcit daripada Jabatan Perikanan dan kini menjadi sumber rezeki kami sekeluarga," katanya, ketika ditemui, semalam.
Rumah dua bilik dan satu bilik air itu mesra OKU sumbangan Yasa itu akan dibina di tanah miliknya di Kampung Tanjung Pulai, dekat sini.
Mohd Khairi berkata, sumbangan rumah itu lebih bermakna apabila Yang di-Pertuan Agong hadir ketika majlis penyerahan rumah itu minggu lalu dan menyifatkan ia sebagai kenangan tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umah-daripada-agong |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|