CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 3

[Kelantan] 11 beradik tidak miliki MyKad

[Copy link]
Post time 23-2-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode
KUALA KRAI: Kemiskinan hidup menyebabkan tiga daripada 11 beradik yang berusia di antara 13 hingga 18 tahun dari Kampung Peria, di sini tidak memiliki sijil kelahiran dan MyKad.

Ibu mereka, Sabariah Rosek, 50, berkata mujur sebelum ini lapan anaknya sudah pun memiliki sijil kelahiran dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Bagaimanapun, katanya disebabkan beberapa kekangan, kelapan-lapan mereka walaupun sudah ada sijil kelahiran, masih belum memiliki MyKad sehingga ke hari ini.

Katanya, beberapa tahun lalu, dia dan suami, Hussin Sake, 64, sudah mencuba pelbagai usaha untuk memastikan anak sulungnya mendapatkan MyKad, namun gagal berikutan khidmat yang ditawarkan orang tengah sangat tinggi.


"Selepas anak sulung gagal mendapat MyKad, saya dan suami berputus asa untuk meneruskan permohonan mendapatkan MyKad untuk yang anak lain. Tambahan, semuanya memerlukan duit sedangkan kami tidak mampu.

"Malah, akibat kesempitan hidup juga, hanya seorang anak sahaja yang bersekolah hasil belas ihsan individu, manakala anak yang lain terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menimba ilmu," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Peria, di sini, semalam.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed.

Sabariah berkata, sebelum ini ada pihak yang memaklumkan mengenai cara mendapatkan kad pengenalan, namun ia sukar disebabkan tinggal di kawasan pedalaman selain tidak mempunyai kenderaan.

"Saya sendiri tidak faham dan mengetahui prosedur sebenar serta tidak tahu hendak dirujuk kepada siapa," katanya.

Sabariah berkata, lebih merisaukan tiga lagi anaknya bukan sahaja tidak memiliki MyKad tetapi juga tiada sijil kelahiran kerana tidak pernah didaftarkan kelahiran mereka.

"Saya berharap agar anak dapat memiliki MyKad demi masa depan mereka sebelum saya menutup mata. Saya juga merayu pada pihak terbabit supaya dapat membantu menyelesaikan masalah ini kerana saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.


Sabariah (kanan) bersama dua anaknya menunjukkan surat beranak yang mereka miliki ketika ditemui di Kampung Peria.- Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

https://www.bharian.com.my/berit ... -tidak-miliki-mykad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 04:17 PM | Show all posts
taktau pulak mykad kena beli..? mahal naw sampai susah nk dpt?

dr kg peria to JPN kuala kerai 28km naik muto setengah jam dh sampai makcik

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 08:10 AM | Show all posts
tak logik la alasan makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 10:08 AM | Show all posts
ke jenis tak reti membaca/menulis ni.?

so terpaksa upah orang

tapi setakat upah orang situ, 2-3 ringgit je satu borang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046954 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list