CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Johor] Tolong naik taraf rumah kami

[Copy link]
Post time 27-2-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode

RUMAH Pangsa Larkin sudah berusia lebih 30 tahun dihuni ribuan penduduk. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Rumah Pangsa Larkin pernah digelar antara rumah pangsa berbahaya di bandar raya ini atas beberapa faktor.

Namun faktor mudah diceroboh dan dijadikan port bunuh diri oleh individu dari kawasan lain antara yang paling sinonim dengan kediaman bertingkat itu.

Keadaan itu secara tidak langsung mengundang kegusaran penduduk dan rasa kurang senang apatah lagi bangunan 16 tingkat kediaman berkenaan sudah berusia lebih 30 tahun.

Seorang penduduk, Nyah Rose Osman, 59, berkata, sudah tiba masanya rumah pangsa itu menjalani transformasi dan dinaik taraf agar lebih 'selamat' untuk ribuan penduduknya.

Katanya, isu tahap keselamatan yang rendah menghantui penduduk sehingga kini dan lebih malang rumah pangsa itu digunakan pihak tertentu untuk menamatkan hayat mereka.

"Sebagai penduduk, kejadian seumpama itu menimbulkan kebimbangan dan saya percaya ia berpunca daripada tahap keselamatan flat yang masih kurang memuaskan.

"Keadaan tangga yang berbahaya, kurang pencahayaan di lorong pejalan setiap tingkat serta ketiadaan pagar di tingkat lima ke atas.

"Memang ajal di tangan Tuhan namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha ambil tindakan bagi meningkatkan tahap keselamatan sebagai langkah membendung perkara tidak diingini," katanya yang tinggal di tingkat 11.

Sementara itu, peniaga, Faridah Mahmood, 50, berkata, ketiadaan sengkuap dan jeriji di setiap unit rumah di aras lima ke atas wajar diberi perhatian pihak berkuasa.

Menurutnya, bukan saja kanak-kanak, orang dewasa juga terdedah kepada risiko dengan ketiadaan alat keselamatan sebegitu.

"Walaupun sudah lama tinggal di sini, saya masih berasa fobia setiap kali mahu sidai baju dan gayat (tempat tinggi).

"Kejadian menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh daripada tingkat 11, baru-baru ini masih menjadi kebimbangan kami dan dikhuatiri berulang.

"Diharap ada usaha untuk membaik pulih atau menaik taraf bangunan kediaman ini demi kepentingan penduduk," katanya.

Bagi Manja Abdullah, 60, yang juga orang kurang upaya (OKU), tahap keselamatan flat itu perlu ditingkatkan segera apatah lagi buat golongan sepertinya.

Katanya, dia bersyukur ditawar menyewa unit pada kadar rendah dan dikecualikan daripada bayaran kos penyelenggaraan namun ia tidak harus menjadi asbab untuk kebajikan mereka dipinggirkan.

"Selama ini ada kerja penyelenggaraan dilaksana, namun kami harap ada usaha lebih untuk tingkatkan lagi tahap keselamatan dan kerajaan negeri dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan seharusnya memandang serius isu ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ik-taraf-rumah-kami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.093638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list