View: 399|Reply: 0
|
[Johor]
Teruja pakai busana sambil naikkan wau tradisional
[Copy link]
|
|
Pengalaman menaikkan wau kucing memberi satu kenangan unik dan menarik buat Plattje dari Belanda.
JOHOR BAHRU – Peserta antarabangsa yang menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023 (FLLSPG 2023) kali ke-25, berasa teruja dan berbangga dapat merasai pengalaman baharu dalam hidup mereka.
Seorang peserta wanita dari Belanda, Ina Plattje, 56, berkata, pengalaman terlibat dalam penganjuran FLLSPG 2023 merupakan satu kenangan berharga dan mungkin sekali seumur hidupnya.
“Saya tahu festival ini sudah dianjurkan sebanyak 25 kali dan bagi saya ini merupakan kali pertama sertai FLLSPG, teruja dan bangga dengan Malaysia ada.
“Orangnya sangat disenangi, peramah dan saling menghormati malah budaya, tradisi orang Asia sangat saya kagum berbeza dengan kita yang berada di Eropah.
“Peluang memakai busana tradisional dan wau adalah satu pengalaman sangat berharga dan sudah tentunya apabila balik ke negara kami akan bercerita tentang Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini.
Berbeza pula dengan peserta dari Korea Selatan, Oh Jeawhan, 58, apabila dia sudah lima kali menyertai FLLSPG.
Dia dan pasangannya telah membawa layang-layang moden yang direka berinspirasikan watak adiwira serta anime.
“Cara pengendalian layang-layang moden dan tradisional sangat jauh berbeza. Bagi layang-layang besar kami akan naikkan menggunakan tali bersaiz besar agar bersesuaian dengan saiznya itu.
“Manakala untuk wau tradisonal Malaysia yang bersaiz kecil, cara nak kendalinya agak kekok dan susah kerana agak ringan dan senang terjatuh jika kita tidak tahu mengawalnya,” jelas Jeawhan.
Dia berhasrat untuk menyertai lagi festival itu jika diberi peluang dan akan mempamerkan lebih banyak layang-layang khususnya dari Korea Selatan. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... an-wau-tradisional/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|