CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3378|Reply: 22

Semuanya Tak Masuk Akal! - Song Joong Ki Sakit Hati Isteri Difitnah

[Copy link]
Post time 27-2-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Bintang terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki yang mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan aktres Britain, Katy Louise Sanders turut menerima beragam kritikan dan spekulasi.


Malah, Joon Ki akui marah apabila ada spekulasi yang disebarkan sudah jatuh fitnah.


Joon Ki meluahkan rasanya itu ketika ditemu bual majalah GQ edisi terkini, lapor Boom.




IG




“Pada awalnya saya tidak memikirkan terlalu banyak tentang spekulasi atau gosip yang bertebaran.


“Untuk individu seperti kami yang pekerjaan terdedah dengan hal-hal seperti ini (gosip) sudah menjadi seperti satu perkara normal.


“Dan sekiranya ramai yang tahu mengenai hubungan kami, cinta kami tidak akan berubah. Tapi secara jujurnya apabila gosip menjadi tidak terkawal dan di luar kewarasan, saya jadi marah,” akui Joong Ki seperti dilaporkan AllKPop.


Tambahnya lagi, dalam banyak-banyak perkara yang digosipkan, hanya nama universiti tempat isterinya menuntut sahaja yang betul.


“Saya sangat marah tapi Katy cakap kepada saya ‘tidak perlu marah dengan mereka’. Saya tidak mahu bercakap banyak, tapi saya mahu sampaikan dia seorang yang sangat baik.




IG




“Dia membawa saya kepada pemikiran dan kehidupan yang lebih positif dan hubungan kami seimbang,” akuinya lagi.


Pun begitu, Joon Ki akui sedang menjalani fasa bahagia apabila dua impian terbesarnya iaitu memiliki keluarga dan anak tercapai. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 04:41 PM | Show all posts
minat dia masa running man je…  pastu hilang minat mostly lepas kes dia bercerai dengan ex dia…
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ok vincenzo
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 27-2-2023 04:41 PM
minat dia masa running man je…  pastu hilang minat mostly lepas kes dia bercerai dengan ex dia…

x pernah tgk cite dia langsung. xminat langsung xtau knp. best ke dia berlakon yan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 11:18 PM | Show all posts
samperit replied at 27-2-2023 11:02 PM
x pernah tgk cite dia langsung. xminat langsung xtau knp. best ke dia berlakon yan?

sejujurnya tak pernah tengok movie dia kecuali yang descendants tu...  tu pun tengok klip2 kat fb...  dia ni lepas keluar dari runningman, terus hilang dari radar jap sebab masuk tentera 2 tahun...  pastu bila dia buat come back, aku tak pernah terasa nak tengok, dengan muka dok alter sana sini...  hahaha...  tapi so fsr yang descendants tu tengok ok gak dia berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 09:11 AM | Show all posts
tgk DOS sbb second couple.. totally bkn sbb dia.
xtgk cte dia berlakon sbb x minat. nak2 tgk dia dlm RM mmg x best sgt. hahaha..

xyah nk mrh sgt la. normal la kan. unless ko kawen ni yg 1st. ni yg 2nd kan. sama la  wife pun. dah ade anak dah pun. aman2 jela kawen dan hidup sesame.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 27-2-2023 04:41 PM
minat dia masa running man je…  pastu hilang minat mostly lepas kes dia bercerai dengan ex dia…

Sama la kita. Nmpk good2 masa dlm rm
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 08:16 AM | Show all posts
tapi iols ske plak msa dia berlakon dlm Vincenzo, msa dlm RM plak tu yg dia jd rapat dgn Lee Kuang Soo.. hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2023 10:00 AM | Show all posts
muka dia babyface sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 10:18 AM | Show all posts
eyansss replied at 27-2-2023 11:18 PM
sejujurnya tak pernah tengok movie dia kecuali yang descendants tu...  tu pun tengok klip2 kat fb. ...

muka alter ke you.. nampak natural je tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 11:42 AM | Show all posts
Cpkay replied at 3-3-2023 10:18 AM
muka alter ke you.. nampak natural je tu

alter...  kalau tengok masa kat runningman, boleh nampak apa yang dia alter...  dah la dengan kembung lainmacam...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 09:51 PM | Show all posts
Antara gosip , wife dh ada sorang anak. So tak betul ek.

Neway cer tgk "A warewolf boy". Berkesan betul lakonan heols sampai skrg igt.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 3-3-2023 09:51 PM
Antara gosip , wife dh ada sorang anak. So tak betul ek.

Neway cer tgk "A warewolf boy". Berkesan b ...

Cite tu masa dia remaja kn..belasan tahun..nmpk comel je dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2023 10:08 PM | Show all posts
primarikey replied at 4-3-2023 06:28 PM
Cite tu masa dia remaja kn..belasan tahun..nmpk comel je dia

tak masa tu dh 26 thn. Tak sangka kan , comel ja .
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:27 PM | Show all posts
aku tgok cite dia ni 2 je yg tentera tu dgn wolf apa nama
lain2 tak minat muka jambu sangat
kadang tu terfikir jambu2 ni gagah ke atas katil
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 11:57 AM | Show all posts
iols minat song jun ki berlakon. semua drama dia iols tgk. tapi tak minat sangat dia sbgai individu. dulu iols tgk running man, iols rasa dia pura2 saja ambil berat dan macam baik dgn ji hyo.. hihihi. sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
suka dia ni dlm vicenzo, tapi in person x nmpk persona dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 05:28 PM | Show all posts
masa dia RM i habis sekolah
ni i dah kahwin pun muka dia rope gitu jugak
maintain je babyface ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
satu2nya drama dia yg i tengok full was reborn rich sebab plot cerita memang menarik giler takde cintan cintun, silent drama ke apa. harapnya dgn katy ni bahagialah, dapat apa yg dia tak dapat drpd kyo dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:22 PM | Show all posts
red flag . Sorry Joong Ki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.184517 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list