CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Terengganu] Penganggur didenda RM8,000 hantar gambar lucah

[Copy link]
Post time 1-3-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Fais (berbaju hitam) didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan menghantar gambar lucah melalui Telegram. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Penganggur dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menghantar gambar lucah melalui aplikasi Telegram.

Tertuduh, Ahmad Fais Ibrahim, 34, turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Nazlyza Mohamad Nazri selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu Telegram secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu disedari di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus, jam 3.54 petang pada 23 Februari 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hantar-gambar-lucah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.061793 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list