View: 379|Reply: 0
|
[Johor]
‘Kami kelaparan, kesejukan, tolong datang segera’
[Copy link]
|
|
AZIZAH BANI dan keluarganya berlindung di atas bumbung rumahnya di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah, Segamat sementara menunggu bantuan tiba.
SEGAMAT: Enam sekeluarga mangsa banjir berdepan detik cemas apabila terpaksa menyelamatkan diri ke atas bumbung rumah di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah, di sini sejak awal pagi ini.
Azizah Bani, 53, dan keluarganya terpaksa memanjat dan berlindung di atas bumbung rumahnya yang terletak berdekatan Masjid Chaah sejak pukul 8 pagi apabila air naik dengan mendadak sehingga mereka tidak sempat keluar menyelamatkan diri.
“Saya mohon bantuan segera untuk selamatkan saya sekeluarga atas bumbung ini. Tolong hantar bantuan helikopter dengan segera. Kami sehelai sepinggang, tiada makanan, minuman dan basah akibat hujan lebat.
“Suami saya kesejukan dan tidak dapat menahan rasa sejuk di atas bumbung dengan hujan lebat yang turun tanpa henti,” katanya Azizah menghubungi wartawan Utusan Malaysia.
Azizah memaklumkan, mereka enam sekeluarga, terdiri daripada suaminya, abang serta tiga anaknya masih menunggu bantuan.
Mereka terpaksa memecahkan bumbung rumah dan memanjat keluar melalui atap untuk menyelamatkan diri apabila rumahnya mula ditenggelami air.
Dia juga sudah menghubungi pihak bomba serta talian kecemasan 999 beberapa kali bagi memohon bantuan diselamatkan segera dan diberitahu bantuan sedang dijalankan memandangkan Pekan Labis terjejas teruk akibat banjir.
Dalam masa yang sama, Azizah turut menggunakan kuasa media sosial dengan membuat siaran langsung di Facebook miliknya meminta bantuan diselamatkan dengan segera.
Sementara itu, pihak kecemasan memaklumkan ada menerima beberapa laporan mengenai mangsa banjir yang terperangkap di atas bumbung kediaman.
Misi menyelamatkan sedang dijalankan oleh pihak berwajib memandangkan mangsa banjir yang terperangkap meningkat ekoran hujan lebat berterusan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... long-datang-segera/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|