View: 341|Reply: 0
|
[Johor]
Polis Johor nafi jambatan runtuh di Johor akibat banjir
[Copy link]
|
|
VIDEO tular jambatan runtuh bukan di Johor. FOTO Tular
Johor Bahru: Polis Johor menafikan sebuah video tular memaparkan sebuah jambatan runtuh di negeri ini akibat dihanyut arus deras berikutan hujan lebat berterusan dan banjir.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video yang tersebar menerusi aplikasi TikTok 'naturelikeit' itu ialah pada 12 Disember tahun lalu.
Katanya, mengesahkan kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara dan bukan di Johor.
"Polis Johor membuat penafian video tular jambatan runtuh itu berlaku di Johor, ia dipercayai telah berlaku di luar negara.
"Polis Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat
"Mana-mana pihak yang menyebarkan berita atau mesej palsu boleh diambil tindakan dibawah undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam video berdurasi 20 saat itu memaparkan, sebuah jambatan yang berada atas sungai runtuh dan musnah dibawa arus kuat air sungai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... johor-akibat-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|