|
ANTARA rumah di Kampung Sentosa Dalam, Pasir Gudang yang dilanda banjir. FOTO Mary Victoria Dass
Pasir Gudang: "Beberapa persiapan yang kami lakukan menjelang ketibaan Ramadan hanya sia-sia apabila perkampungan kami dilanda banjir malam tadi," kata Shaliza Ahmad, 57, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru di sini, hari ini.
Shaliza berkata, dalam kejadian semalam, dia bersama ahli keluarga yang berada di rumah mengemas beberapa barangan berharga selepas hujan lebat mula pada waktu pagi sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurutnya, hujan lebat mengakibatkan air naik setinggi lebih setengah meter sebelum mereka diarahkan berpindah ke PPS.
"Kami berpindah pada 11 malam tadi ke PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru.
"Keluarga kami mahupun jiran lega kerana sempat menyimpan barang-barang berharga termasuk meletakkan kereta dan motosikal di kawasan selamat. Bagaimanapun, beberapa persiapan menjelang Ramadan sudah rosak terutama barangan makanan kering.
"Ini kali pertama banjir melanda pada tahun ini dan ditempatkan di PPS. Biasanya dalam setahun banjir akan berlaku sekali atau dua kali," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Mahani Ahmad, 57, berkata, mereka reda apabila banjir kali ini sekali lagi berlaku menjelang Ramadan kerana situasi seumpama itu pernah dialami mereka sebelum ini.
"Sebelum ini kami pernah berdepan banjir semasa bulan puasa dan Aidilfitri. Apa nak buat, terpaksa menghadapinya namun kami bersyukur kerana semua penduduk selamat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rosak-akibat-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|