CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Terengganu] Pesona tanjak Terengganu

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Mazli menunjukkan koleksi tanjak Terengganu, yang dihasilkannya. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: "Walaupun nampak mudah, saya ambil masa selama dua tahun untuk mendalami ilmu pembuatan tanjak Terengganu," kata Mazli Mamat, 44, Kampung Tok Kaya, dekat sini.

Menurutnya, untuk menghasilkan tanjak, pelbagai aspek perlu dititikberatkan sama ada dari segi kain, lipatan, jahitan dan ukuran.

Katanya, tanjak bagi kegunaan pembesar, kainnya disediakan pihak istana yang berkualiti dan bernilai tinggi.

"Saya berguru dengan Cikgu Hisyam, yang juga pewaris yang mahir dalam pembuatan tanjak diraja Terengganu.

"Dua tahun saya ambil masa bagi mendalami ilmu berkaitan pembuatan tanjak sebelum berani membuatnya terutama untuk kegunaan pembesar negeri.

"Alhamdulillah, cabaran peringkat awal ialah keyakinan pemakai terhadap tanjak yang saya hasilkan dan apabila mendapat maklum balas positif baru timbul keberanian berkecimpung dalam bidang pembuatan tanjak Terengganu," katanya.

Menurutnya, tanjak diraja, kerabat dan pembesar negeri kebiasaannya diperbuat daripada kain songket tenunan Terengganu, manakala bagi kegunaan perarakan seperti Hari Kebangsaan dibuat berasaskan kain cotton, songket India dan batik.

Katanya, tanjak dipakai sebagai aksesori seperti menyambut perayaan biasa diperbuat daripada kain songket India, yang mana harganya tidak semahal songket tenunan Terengganu.

"Saya sebelum ini tukang jahit pakaian, namun mengubah haluan menumpukan jahitan menjurus kepada busana tradisional Melayu bermula 2012 lalu dengan mempelajari teknik membuat tanjak dari negeri lain.

"Bagaimanapun, pada 2016 saya menjurus kepada pembuatan tanjak Terengganu dan kemahiran menjahit digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan tanjak sama ada menggunakan mesin atau dijahit secara manual," katanya.

Mazli berkata, tanjak Terengganu terdiri daripada lapan jenis dan dibahagi kepada dua iaitu Tanjak Bija Diraja, Belalai Gajah, Anak Belalai Gajah, Laksamana serta Dagang Sakit Di Rantau yang mana tanjak Bija Diraja adalah ibu kepada kategori berkenaan.

Menurutnya, tiga jenis lagi iaitu Bendahara, Temalong Budu dan Helang Melayang manakala kategori ini Temalong Budu adalah ibu tanjak kepada tiga kategori itu.

Katanya, ibu tanjak adalah asas utama menghasilkan tanjak lain di dalam kategorinya.

"Aspek lain yang perlu dititikberatkan iaitu kain dasar empat segi tepat sebagai asas pembuatan tanjak sebelum dilipat menjadi segi tiga dan bentuk itu memainkan peranan dalam menentukan jenis tanjak yang dihasilkan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... a-tanjak-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.109498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list