CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Johor] Terpaksa berpantang di PPS

[Copy link]
Post time 4-3-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

NURAINI AZIRA BASURI bersama Muhamad Nasharuddin dan tiga anak mereka terpaksa ditempatkan di PPS di IKTBN Pagoh, Muar.


MUAR: Seorang bayi lelaki menjadi penghuni termuda di pusat pemindahan sementara (PPS) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, di sini selepas selamat dilahirkan Ahad lalu.

Ibunya, Nuraini Azira Basuri, 23, berkata, anak ketiga yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan dalam keadaan normal dan cukup bulan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

Ketika diarahkan berpindah pada awal pagi Rabu lalu, Nuraini mengakui terasa berat hati lantaran keadaannya yang belum sembuh dan dalam tempoh berpantang.

“Koyakan bersalin agak teruk dan jahitan pun banyak. Awal subuh kira-kira pukul 6.30 pagi, ibu memaklumkan rumah dah mulai dinaiki air, kemungkinan besar perlu berpindah.

“Masa itu ahli keluarga mula mengemas barang dan selamatkan beberapa peralatan rumah. Saya pula rasa berat hati nak duduk di PPS dengan keadaan begini, tetapi apakan daya, dalam pukul 7 pagi ketua kampung mula buat hebahan agar penduduk bersedia kerana PPS dah dibuka,” katanya.

Nuraini hanya mengharapkan suami, Muhamad Nasharuddin Othman, 28, untuk membantu menyediakan kelengkapan dia dan bayinya serta dua lagi anak mereka.

“Sepanjang beberapa hari di sini (PPS) memang sukar sebab nak pergi tandas jauh dengan kaedah berpantang tradisional pun tak boleh nak dilakukan.

“Malah, rutin pemeriksaan bayi juga terpaksa berpindah dari Klinik Kesihatan (KK) Lenga ke KK Pagoh.

“Semua urusan ini memang sedikit sukar, tetapi demi keselamatan saya reda dan pastinya akan menjadi pengalaman paling tidak dilupakan seumur hidup,” katanya yang bercadang mendaftar kelahiran bayinya itu selepas keadaan banjir surut dan dibenarkan pulang.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... -berpantang-di-pps/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.337161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list