View: 3665|Reply: 0
|
[Kelantan]
Lari tinggalkan syabu bernilai lebih RM17.8 juta
[Copy link]
|
|
DATUK Muhamad Zaki Harun (tengah) bersama pegawainya serta anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menunjukkan 495 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM17.8 juta yang dirampas. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Pasir Mas: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 495 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM17.8 juta dalam kejadian di Kampung Pohon Buluh, di sini, jam 8.30 malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata ketika kejadian anggota membuat rondaan sebelum terserempak kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih yang ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, anggota menemui bungkusan guni yang diletakkan di bahagian dalam kenderaan selain tempat duduk penumpang juga sudah diubah suai.
"Hasil pemeriksaan terperinci mendapati terdapat paket kecil yang diisi dengan dadah jenis syabu disyaki dibawa seludup dari negara jiran.
"Kami percaya, kenderaan terbabit ditinggalkan di tepi jalan susulan suspek menerima informasi akan kehadiran pihak berkuasa dan bertindak melarikan diri meninggalkan barangan berkenaan.
"Selain itu, hasil rampasan dadah ini didapati boleh digunakan oleh seramai lebih 4.9 juta penagih dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, kenderaan dan kesemua barangan dirampas, manakala kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Melihat kepada jumlah dadah yang dirampas, kami percaya ia adalah untuk pasaran seluruh negara dan berkemungkinan besar turut dibawa seludup ke Lembah Klang.
"Siasatan dan tindakan lanjut akan terus dilakukan untuk menjejaki dalang utama kepada kes pengedaran dadah berskala besar ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-lebih-rm178-juta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|