CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2716|Reply: 0

[Terengganu] Peniaga maut kena tayar treler

[Copy link]
Post time 8-3-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode

PENIAGA maut terkena tayar lori treler yang tercabut. FOTO Ihsan PDRM

Setiu: Seorang peniaga maut manakala rakannya patah tangan selepas sebiji tayar lori treler tercabut dan terpelanting ke arah mereka di KM 43 Kampung Merang (Berhampiran Shell Merang) di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 5.05 petang tadi itu menyebabkan Muhamad Airiel Rizman Mohamad Nazeri, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, susulan kejadian itu seorang lagi mangsa, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22, patah tangan kanan, luka pada bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Setiu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori treler yang dari arah Merang menghala ke Kampung Telaga Papan, Setiu.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, sebiji tayar pada bahagian belakang sebelah kiri secara tiba-tiba tercabut dan terpelanting lalu terkena dua individu yang sedang berniaga di kaki lima jalan.

"Seorang mangsa (Muhamad Airiel Rizman) disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Afandi berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya manakala pemandu lori berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-kena-tayar-treler

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.204682 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list