CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 0

[Terengganu] Bapa, anak melecur disambar api

[Copy link]
Post time 8-3-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Nur Aisha Mawaddah dan Mohd Mujaddidi. FOTO IHSAN Nurul Asma Muda

Kuala Terengganu: Pewarna batik, Mohd Mujaddidi Mohd Noor dan anak bongsunya, Nur Aisha Mawaddah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, selepas wajah dan anggota badan mereka disambar api.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu itu menyebabkan Mohd Mujaddidi, 34, melecur di beberapa bahagian kiri anggota badannya iaitu muka, leher dan tangan.

Manakala, Nur Aisha Mawaddah yang berusia dua tahun melecur pada bahagian wajah dan kedua tangannya.

Kisah menyedihkan dua beranak itu mendapat perhatian selepas rakan juga kenalan Mohd Mujaddidi memuat naik hantaran di Facebook (Fb) bagi mengumpul sumbangan.

Berkongsi kisah itu, isteri Mohd Mujaddidi, Nurul Asma Muda, 31, berkata, kejadian berlaku di luar rumah abangnya, Saiful Muda dekat Kampung Pengadang Baru, Jalan Gelugor, di sini.

"Kami sekeluarga ke rumah abang tempoh hari kerana ada majlis pada sebelah malamnya dan datang awal untuk bantu buat persiapan.

"Ketika kejadian, suami di luar mendukung anak bongsu manakala saya di dalam rumah.

"Apa yang saya tahu, anak saudara membakar sampah dan daun, suami juga anak pula berdiri tidak jauh daripada situ.

"Dalam sejam kemudian, saya dengar letupan kuat dan nampak api besar dari dalam rumah jadi terus keluar untuk lihat apa yang berlaku sebelum mendapati suami juga anak sudah melecur kerana disambar api," katanya ketika dihubungi.

Menurut Nurul Asma, suami dan anaknya buat masa ini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, kedua-duanya kini masih ditahan di wad bagi menerima rawatan.

"Bahagian yang melecur dan luka sudah dibalut.

"Doktor maklumkan wajah anak melecur 85 peratus dan akan ditahan di wad untuk dua minggu lagi bagi tujuan pemantauan.

"Manakala, suami mungkin akan dibedah kerana bahagian siku ke atas sudah rosak jadi ada kemungkinan lebih lama lagi di hospital. Suami okay cuma anak nampak masih trauma," katanya.

Nurul Asma mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun berdoa suami dan anaknya cepat sembuh.

"Saya suri rumah dan ada dua lagi anak jadi memang bergantung dengan suami saja.

"Walaupun upahnya sebelum ini tidak seberapa tetapi ada juga pendapatan. Kini tiada langsung jadi terima kasih pada yang mendoakan dan menyumbang untuk ringankan beban kami," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu Mohd Mujaddidi boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 1110029000311730 atas nama Nurul Asma Muda atau menghubunginya di talian 011-21966899.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elecur-disambar-api

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070436 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list