CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4313|Reply: 0

[Johor] Penceramah agama tanpa tauliah, penganjur boleh dikenakan tindakan

[Copy link]
Post time 8-3-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR menitahkan bahawa bahawa semua penceramah yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini perlu memiliki tauliah daripada MAINJ.

    Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
    8 Mac 2023, 3:26 pm

JOHOR BAHRU:  Penceramah yang didapati mengajar atau memberi syarahan agama Islam tanpa tauliah di negeri ini akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap penganjur acara atau program berkenaan yang dianggap sebagai bersubahat.

Menurutnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan bahawa penceramah yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini perlu memiliki tauliah.

“Mana-mana penganjur kepada acara mengajar dan memberi syarahan agama Islam menggunakan penceramah yang tidak bertauliah dari MAINJ adalah melakukan satu kesalahan penyubahatan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mereka yang didapati mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini tanpa tauliah melakukan kesalahan yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd. Fared berkata, tauliah yang diperlukan daripada MAINJ itu meliputi kawasan masjid dan surau serta mana-mana tempat di negeri ini.

“Selaras dengan Seksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, antara kaedah mengawal doktrin dan fahaman yang menyeleweng daripada hukum syarak di negeri ini adalah dengan memastikan mereka yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam hendaklah memiliki tauliah daripada MAINJ.

“MAINJ adalah pihak berkuasa agama Islam yang menjaga urusan hal ehwal masyarakat Islam di negeri ini supaya  mematuhi hukum syarak berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah yang syariatnya berlandaskan mazhab Shafie tanpa menolak mazhab muktabar lain serta bertasawuf berlandaskan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali,” jelasnya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... dikenakan-tindakan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.073896 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list