View: 5014|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita maut dalam kebakaran lapan rumah
[Copy link]
|
|
KEDIAMAN di Kampung Pertanian musnah dalam kebakaran pada hari ini. FOTO ihsan bomba
Pasir Gudang: "Tidak sangka jiran kami Suriz yang melecur dalam kejadian kebakaran pada awal pagi tadi meninggal dunia," kata Laie Sawang, 48.
Pekerja kilang perabot itu berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama suami serta dua anak sedang tidur di kediaman sewa di Kampung Pertanian, Masai di sini, pada jam 3 pagi hari ini.
Menurutnya, dia terjaga selepas mendengar bunyi dentuman kuat dipercayai letupan gas dapur dari rumah jiran.
Katanya, dia dan ahli keluarganya terkejut apabila mendapati api sudah marak ke sebahagian kediamannya dan mereka bertindak pantas menyelamatkan diri.
"Kami tidak dapat selamatkan apa-apa barangan dan tinggal sehelai sepinggang kerana hanya fikir untuk menyelamatkan diri.
"Saya sudah tinggal di kawasan ini selama 20 tahun dan tidak disangka rumah kami musnah dalam sekelip mata namun saya syukur kerana kesemua ahli keluarga selamat.
"Bagaimanapun kami sedih dengan nasib malang menimpa Suriz yang melecur dan dikejarkan ke hospital sebelum difahamkan dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Ketua Kampung Baru Masai, Indera Putra Ibrahim berkata, secara keseluruhannya sebanyak lapan rumah musnah dalam kebakaran dan kejadian itu membabitkan 27 mangsa.
"Seorang wanita bernama Rahmaniyah atau dikenali sebagai Suriz berusia 33 tahun maut manakala seorang ahli keluarganya iaitu lelaki dewasa berusia 43 tahun juga melecur namun difahamkan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
"Pada awalnya kesemua mangsa ditempatkan di Balairaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pertanian.
"Bagaimanapun kami bersyukur kerana seorang ahli perniagaan tampil menawarkan tempat tinggal sementara bagi mereka sehingga mereka berjaya mencari rumah sewa lain," katanya ketika ditemui.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian menimpa mangsa.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, dua jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dengan kekuatan 17 anggota ke tempat kejadian.
Menurutnya, kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal.
Katanya, pada awalnya dua mangsa termasuk seorang lelaki dan perempuan dihantar ke HSI akibat melecur.
"Operasi ditamatkan pada 8.33 pagi hari ini," katanya menerusi siaran media hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bakaran-lapan-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|