View: 4568|Reply: 0
|
[Johor]
Parit Sulong masih lumpuh, wanita redah banjir 12km demi kucing
[Copy link]
|
|
Keadaan di pekan Parit Sulong, Batu Pahat yang digenangi banjir termenung ketika tinjauan foto BERMAMA kelmarin. - fotoBERNAMA
BATU PAHAT: Demi kucing kesayangan, seorang wanita sanggup berjalan sejauh 12 kilometer (km) bagi memastikan haiwan peliharaannya itu mempunyai makanan yang mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.
Walaupun terpaksa meredah air banjir yang parasnya tidak menentu dan adakalanya hingga ke paras pinggang, Siti Nooryani Mohd Kamal, 21, ditemani rakannya tetap berbuat demikian bagi 'menziarahi' lima ekor kucingnya.
Menurutnya dia bersama lapan ahli keluarganya menetap sementara di rumah saudara di Parit Maimon di sini selepas rumahnya di Kampung Melayu Sungai Jong, Parit Sulong dinaiki air sehingga paras pinggang pada 3 Mac lalu.
"Ibu bapa saya beritahu kami sekeluarga tidak pindah ketika banjir besar pada 2006 tetapi kali ini kami terpaksa berpindah kerana bukan sahaja rumah dinaiki air tetapi bekalan elektrik juga telah diputuskan untuk tujuan keselamatan.
"Oleh kerana sudah tujuh hari kami meninggalkan rumah, saya nekad pulang ke rumah dengan meredah banjir selepas melihat cuaca panas beberapa hari kebelakangan ini untuk melihat keadaan rumah serta beri makan kepada kucing-kucing yang dipelihara sejak enam tahun lepas," katanya.
Seorang penduduk meninjau keadaan di pekan Parit Sulong, Batu Pahat yang masih digenangi banjir termenung ketika tinjauan foto BERNAMA kelmarin. - foto BERNAMA
Siti Nooryani berkata walaupun sedar bahaya meredah banjir, dia hanya berbuat demikian setelah keadaan air dilihat semakin surut sejak tiga hari lalu.
Sementara itu, Mohd Shariz Izwan Shamsul, 21, dari Kampung Parit Jidin berkata dia meredah banjir yang kini berada di paras paha untuk pulang ke rumah bagi mengambil barangan yang penting.
Jalan Parit Yaani menuju ke Parit Sulong ditutup kepada semua kenderaan apabila air naik satu meter sepanjang tiga kilometer ketika tinjauan kelmarin. - Foto NSTP/Omar Ahmad
Paras air masih tinggi di hadapan rumahnya tetapi disebabkan bimbang kerana sudah lama meninggalkan rumah selepas berpindah ke pusat pemindahan sementara berhampiran sejak 3 Mac lepas, dia bertindak nekad.
Tinjauan di Parit Sulong, di sini mendapati pekan itu masih lumpuh dengan laluan utama ke beberapa kampung dinaiki air dan hanya kenderaan berat sahaja dibenarkan untuk melaluinya.
Walaupun keadaan cuaca panas sejak Selasa lepas, namun paras air semakin meningkat susulan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini dan turut memberi kesan kepada kawasan rendah di Batu Pahat. – BERNAMA
Seorang penduduk di Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan, Mohd Ehsan Suterisno, 38, menjadikan ‘sampan kolek’ warisan keluarganya sebagai pengangkutan utama setelah kediamannya ditenggelami air banjir sedalam hampir dua meter. - foto BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|