CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5124|Reply: 0

[Kelantan] Jurutera Kesihatan maut cuba selamat anak saudara lemas

[Copy link]
Post time 12-3-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Bachok: Jurutera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu maut manakala abang ipar dan anak saudaranya selamat dalam kejadian lemas di Kuala Gel, Pantai Melawi, petang tadi.

Kejadian jam 5.30 petang berlaku ketika mangsa, Muhammad Fauzan Azamuddin, 34, dan beberapa ahli keluarga mandi-manda di pantai.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa bersama keluarga serta adik beradik isterinya, Farah Alyani Mohd Razali, 30-an, ke pantai berkenaan selepas menghadiri majlis pertunangan adik ipar.

Katanya, mereka mendapat berita mengenai kejadian jam 7.30 malam melalui panggilan telefon adik beradik isteri mangsa.

"Setakat dimaklumkan, mangsa lemas selepas cuba menyelamatkan anak saudaranya. Abang ipar mangsa, Muhammad Rasyidan Razali, 37, turut lemas bersama beberapa anak saudara namun berjaya diselamatkan," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Katanya, ahli keluarga yang selamat sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika polis tiba di lokasi, mangsa sudah dibawa naik oleh orang awam.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar jam 7.03 malam," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke HRPZII Kota Bharu untuk bedah siasat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-saudara-lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069532 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list