|
Segamat: Sebanyak 1,249 tan metrik sampah dikutip di seluruh Johor kesan daripada bencana banjir sejak 3 Mac lalu dan jumlah itu meningkat empat kali ganda.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md. Shukor berkata, setakat ini lebih kurang 160 tan sisa pepejal pukal dikeluarkan susulan banjir yang melanda.
"Ada banyak lagi kediaman yang masih mempunyai sisa pukal pepejal. Di peringkat kerajaan negeri bersama SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), kita meminta bantuan dari konsesi luar dari negeri Johor kerana fasiliti kenderaan yang ada di Johor ini tidak mencukupi dan kita terpaksa mohon bantuan dari luar.
"Di peringkat keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak terbabit dengan banjir, kita pun membawa semua kenderaan ke Segamat dan ke Chaah. Jadi proses pembersihan ini mungkin memakan masa antara tujuh hari sehingga 14 hari, "katanya ketika ditemui di Tapak Pengumpulan Sisa Pasca Banjir di Chaah, Segamat di sini, semalam.
Katanya, pihaknya melaksanakan mobilasi sumber perkhidmatan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah longgokan sampah pasca banjir terutama di Segamat, Tangkak, dan Chaah.
Bantuan daripada pelbagai pihak termasuk PBT yang tidak terkesan banjir digunakan bagi menambah jumlah kutipan sampah itu kepada 300 tan metrik sehari berbanding 160 tan metrik.
"Sampah pasca banjir itu akan dibawa ke Tapak Pelupusan Sampah Moakil dan menggunakan kaedah kambus tanah," katanya.
PEKERJA sedang membersihkan longgokan sampah akibat banjir. FOTO Ahmad Ismail.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kali-ganda-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|