View: 8019|Reply: 0
|
[Johor]
Kemiskinan memisahkan mereka, tetapi hubungan silaturahim kekal utuh
[Copy link]
|
|
CHONG dan adik bongsunya Junaidah. FOTO FB Wee Ka Siong.
Kuala Lumpur: Walaupun berbeza agama namun hubungan adik beradik kekal tetap abadi selepas dibesarkan dalam keluarga berlainan agama kerana faktor kemiskinan.
Keutuhan keluarga itu dikongsi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkongsi cerita kisah keluarganya itu di Facebooknya hari ini yang mana ibunya Chong Siw Lan, dan adik bongsunya, Junaidah Ibrahim, tetap mesra walaupun berbeza agama.
Menurutnya, hubungan adik-beradik tetap kekal abadi, bagai 'air yang mengalir dicincang tak putus'.
"Atas faktor kemiskinan, kedua-dua mereka diserahkan kepada keluarga angkat sejak dilahirkan yang mana ibu saya menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga Cina yang menetap di estet manakala adik kandung bongsunya diserahkan kepada keluarga Melayu.
"Akan tetapi, jarak dan perbezaan agama tidak memisahkan mereka dengan semua adik-beradik kandung yang lain. Syukur, mereka ditemukan semula setelah terpisah buat beberapa dekad lamanya," katanya.
WEE bergambar bersama ibu saudaranya yang beragama Islam bersama ibu dan adik beradik lain pada majlis perkahwinan sepupunya di Tangkak, Johor. FOTO Ihsan FB Wee Ka Siong
Katanya, hari ini, mereka juga berpeluang bertemu emak saudara dan keluarganya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Tangkak, Johor.
"Ahli keluarga terdekat kepada 16 orang adik-beradik semua turut hadir meraikan hari istimewa ini.
"Mudah-mudahan hubungan akrab ini terus erat terjalin sampai bila-bila.
"Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin, semoga terus berbahagia sehingga ke akhir hayat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aturahim-kekal-utuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|