CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5665|Reply: 0

Urat bersimpul bukan sakit biasa!

[Copy link]
Post time 14-3-2023 07:22 AM | Show all posts |Read mode
Urat bersimpul bukan sakit biasa!


Pernahkah anda mendengar, menyaksikan atau mengalami sendiri keadaan urat kaki bersimpul?

Keadaan yang mana pada kaki akan kelihatan saluran darah berwarna ungu berselirat dan selalu difahami sebagai gejala biasa tidak memudaratkan.

Senario ini sebenarnya menerangkan keadaan pesakit yang mengalami vena varikos dan wanita pula dikatakan lima kali ganda lebih berisiko daripada lelaki untuk mengalami penyakit berkenaan.

Menurut Perunding Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Institut Jantung Negara (IJN), Dr Ismazizi Zaharudin, walaupun ramai menyedari atau pernah menghidapi masalah urat bersimpul, kesedaran mengenai bahaya penyakit itu masih rendah terutama dalam kalangan wanita.

Malah, kata pakar itu, mereka menyangkakan penyakit itu tidak mendatangkan bahaya. Sedangkan tindakan menangguhkan rawatan boleh mendatangkan bahaya termasuk komplikasi penyakit lebih serius boleh dihadapi pesakit.

"Bahaya penyakit vena varikos atau lebih kerap dikenali dengan urat bersimpul adalah komplikasi seperti kanser kulit boleh dihadapi pesakit andai masalah terbabit bertambah kronik.

"Pesakit pada mulanya tidak terganggu dengan penyakit itu beranggapan ia kesan biasa daripada faktor peningkatan berat badan atau kesan perubahan badan kerana kehamilan menyebabkan urat atau saluran darah berselirat.




RUPA urat bersimpul adalah saluran vena berwarna ungu lebih ketara dan adakalanya timbul.
"Meskipun keadaan itu disusuli gejala sakit ringan seperti bengkak di buku lali atau kejang di betis disebabkan penyakit ini, mereka boleh bertoleransi dengan kesakitan.

"Ini kerana ada kepercayaan penyakit itu tidak merbahaya dan boleh beransur hilang. Malah tidak kurang sebahagian besar penghidap vena varikos berpendapat penyakit itu biasa terutama buat mereka yang bekerja dengan berdiri terlalu lama," katanya dalam program Knowing Varicose Veins di IJN, baru-baru ini.

Kata Dr Ismazizi Zaharudin, kepercayaan salah mengenai penyakit itu boleh merisikokan nyawa kerana menjadi punca pesakit bersikap sambil lewa dalam menangani penyakit terbabit.

"Punca penyakit ini apabila injap di dalam salur darah rosak dan menyebabkan tekanan darah berlaku secara dua arah. Ia mengakibatkan darah berkumpul.

"Sepatutnya darah mengalir dari kaki ke jantung. Namun apabila terdapat tarikan graviti yang akhirnya menyebabkan tekanan di saluran darah tinggi dan urat boleh tersimpul.

"Keadaan itu boleh menjadi tenat apabila urat yang timbul boleh berubah ke gejala lebih kronik termasuk kudis. Lebih membimbangkan perubahan warna selain kudis menjadi ulser yang akhirnya meningkatkan kemungkinan pesakit itu boleh menghidapi kanser kulit," katanya.

KEJANG atau kesakitan pada bahagian betis dan buku lali.

Justeru, kesedaran terutama dalam kalangan wanita sangat penting dalam memastikan saringan bagi menangani penyakit terbabit seawal mungkin sebelum ke tahap serius.

"Saringan penyakit ini sangat penting dan sekurang-kurangnya jika mereka mengalami tanda-tanda seperti urat atau saluran darah (berwarna ungu) tampak bertambah berselirat atau timbul itu ketara, lakukan saringan.

"Malah saringan awal cukup penting bagi mendapatkan rawatan sewajarnya kerana pada tahap tertentu hanya memerlukan rawatan secara konvensional tanpa perlu menjalani pembedahan," katanya.

Menjelaskan rawatan pembedahan bagi pesakit kronik vena varikos, teknik dan teknologi terkini membuatkan komplikasi pembedahan lebih rendah, malah boleh kembali melakukan aktiviti harian dalam tempoh dua hari sebaik dibedah.

"Bagi menangani masalah urat bersimpul yang kritikal disarankan pesakit menjalani pembedahan endovenous. Pesakit tidak perlu bimbang dengan komplikasi pembedahan kerana rawatan terkini iaitu 'minimal invasif' tidak meninggalkan sebarang parut.

"Penggunaan teknologi seperti laser dan teknik pembedahan terkini membolehkan pesakit tidak perlu berada di wad hospital untuk tempoh lama.

"Malah, selepas dua hari pembedahan dan saluran saraf yang rosak itu akan ditutup sepenuhnya dengan menggunakan 'gam,' pesakit boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa termasuk bersenam," katanya.


PEMBEDAHAN endovenous terkini lebih kepada kaedah minimal invasif.

Realiti penyakit ini terutama dalam kalangan masyarakat tempatan kata pakar itu, jumlah menerima rawatan dan saringan masih rendah meskipun ramai menyedari ada gejala luar biasa terhadap masalah urat bersimpul di kaki mereka.

"Kempen kesedaran perlu dipergiatkan untuk penyakit ini. Golongan berisiko seawal usia 30-an sehingga 50-an perlu melakukan pemeriksaan berkala apabila mereka mendapati ada yang tidak normal pada urat atau saluran darah kaki mereka.

"Pencegahan komplikasi penting terutama sebelum ulser terbentuk kerana ini membantu menjimatkan kos rawatan," katanya.

Turut tampil dalam program sama adalah ikon selebriti, Marion Caunter yang komited untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit terbabit.

Kata Marion, tiada kompromi dalam kesihatan terutama wanita untuk memiliki gaya hidup lebih sihat.

"Kesedaran seawal pencegahan penyakit penting bagi wanita supaya mereka dapat menjalani hidup sihat termasuk melakukan saringan awal penyakit.

"Ini membantu meningkatkan kualiti hidup dan penyakit vena varikos juga tidak terkecuali. Saya terpanggil untuk bersama menyeru wanita turut menjalani saringan dan komited terhadap rawatan penyakit ini bagi memastikan kehidupan mereka lebih selesa dan berkualiti," katanya.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... l-bukan-sakit-biasa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063686 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list