View: 2577|Reply: 0
|
[Terengganu]
SPRM kenal pasti 'taiko' seludup rokok, penguat kuasa bersekongkol
[Copy link]
|
|
IBU Pejabat SPRM, Putrajaya. FOTO Aswadi Alias
Kuala Terengganu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengenal pasti individu dan penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan rokok.
Sumber SPRM negeri itu berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pegawai dari beberapa agensi penguat kuasa di Kelantan dan Terengganu yang melindungi sindiket berkenaan.
"Risikan dan pemantauan sedang dijalankan, kita sudah kenal pasti dan akan melakukan tindakan sekiranya maklumat sudah lengkap.
"SPRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang menyebabkan kehilangan hasil negara atau melindungi sebarang kegiatan penyeludupan," katanya kepada Harian Metro.
Harian Metro sebelum ini melaporkan daerah Besut dan Setiu kini menjadi hab penyeludupan rokok putih yang dibawa masuk dari Tak Bai, Thailand.
Sindiket yang dikawal individu A dan M itu kini menguasai aktiviti haram di negeri berkenaan membabitkan nilai pasaran puluhan juta ringgit.
Skuad Khas Harian Metro dimaklumkan, sindiket itu menjadikan beberapa restoran dan premis sebagai stor penyimpanan sementara sebelum diedarkan bagi tujuan pasaran.
Penguasaan warga tempatan itu dalam aktiviti berkenaan menyebabkan dia kini digelar 'taiko' di daerah berkenaan dan kini mula melebarkan sayap di kawasan lain di Pantai Timur serta mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kuasa-bersekongkol |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|