CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2840|Reply: 0

[Johor] Buku rosak teruk, duit yuran pula dihanyutkan banjir

[Copy link]
Post time 16-3-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode

AINUL AZLIANY bersama suaminya menunjukkan antara kelengkapan sekolah anak-anaknya yang rosak akibat banjir di Kampung Jawa Baru, Chaah, Segamat, baru-baru ini.



SEGAMAT – Kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2023/2024 bermula Ahad ini, mangsa banjir di daerah ini sedih dan sayu apabila memikirkan peralatan sekolah anak-anak musnah dalam bencana dua minggu lalu.

Rata-rata ibu bapa yang terjejas ditemui melahirkan rasa sedih, namun reda dengan ketentuan bencana alam yang menimpa di negeri itu.

Ainul Azliany Ismail, 37, berkata, sejurus cuti persekolahan bermula dia dan suami membuat keputusan untuk membeli barangan keperluan sekolah empat anak mereka kerana tidak mahu membuat persiapan saat akhir.

Katanya, lebih-lebih lagi apabila sesi persekolahan yang akan bermula 19 Mac ini tidak jauh dengan tempoh umat Islam me­nyambut Ramadan serta Aidilfitri dan memaksanya untuk mengatur perbelanjaan.

Lebih memeritkan apabila bukan sahaja kelengkapan sekolah, malahan duit yuran sekolah empat anak berusia 10 hingga 16 tahun yang telah diasingkan turut hanyut dibawa arus banjir susulan kediamannya dimasuki air sehingga mencecah paras bumbung.

“Saya telah atur (perbelanjaan) yang mana saya keluar belanja untuk sekolah dahulu kemudian kita pun nak sambut Ramadan dan Aidilfitri kan, jadi itu sebabnya saya buat persiapan membeli barang anak-anak lebih awal.

“Tetapi disebabkan bencana banjir ini, barang sekolah yang dah dibeli bukan kata 90 peratus rosak, malahan 100 peratus tidak boleh digunakan kerana semua tenggelam walaupun saya dah cuba simpan di ruangan yang pa­ling tinggi,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa Baru, Chaah di sini.

Sementara itu, seorang bapa hanya mampu reda selepas barangan kelengkapan persekolahan anak-anaknya yang baru sahaja dibeli tidak sempat di­selamatkan selepas ia turut musnah dalam kejadian banjir.

Shukor Yahya, 59, berkata, kejadian banjir kali ini adalah terburuk dalam sejarah hidup keluarganya apabila kediamannya di Kampung Jawa, Panchor di sini, dinaiki air dengan begitu cepat.

“Masa itu dah tak fikir benda lain, yang kami tahu peti ais kena letak di tempat tinggi, televi­syen pun kena ubah tempatnya, sampai terlupa nak selamatkan kelengkapan sekolah anak pula,” katanya hiba.

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... dihanyutkan-banjir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037691 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list