CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3640|Reply: 0

[Terengganu] 'Hasrat ibu lihat saya berjaya sudah termakbul'

[Copy link]
Post time 16-3-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Nur Kamilah Akilah Abdullah, 23, bersama ibunya Maimun Embong, 72, selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC). FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: "Hasrat ibu mahu lihat saya berjaya kini sudah termakbul, dia (ibu) kini tidak berapa sihat selepas menjalani pembedahan memotong sebahagian kaki akibat penyakit kencing manisnya," kata Nur Kamilah Akilah Abdullah.

Pelajar jurusan pelukis pelan seni bina di Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) berusia 23 tahun dari Kampung Batu 23 dekat sini berkata, dia menghargai pengorbanan ibunya, Maimun Embong, 72, yang sering memberi dorongan buatnya untuk terus berjaya.

Menurutnya, selepas kematian bapanya kira-kira tiga tahun lalu, ibunya menjadi pembakar semangat dan melihat kepada keadaan ibu yang kini sakit membuatkan dirinya untuk berusaha lebih gigih.

"Ibu saya sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan pertengahan tahun lalu kaki kanan ibu saya terpaksa dipotong bagi mengelak penyakit itu merebak.

"Alhamdulillah, hari ini selesai majlis Istiadat Konvensyen ke-2 TTITC dan saya berharap dapat mencari pekerjaan yang bersesuaian memandangkan kini saya hanya bekerja di sebuah kedai makan bagi menampung perbelanjaan harian," katanya.

Rakannya, Nurhasima Zol@zol Hisham, 23, dari Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu berkata, selepas tamat pengajian pelukis pelan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga dia diterima bekerja di sebuah syarikat pemaju perumahan.

"Alhamdulillah, habis saja belajar saya sudah mendapat pekerjaan bersesuaian dengan keluasan berkaitan dengan apa yang saya belajar sebelum ini.

"Ilmu yang ditimba selama tiga tahun di TTITC amat bermanfaat dan akan digunakan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran dalam kerjaya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TTITC Muhyidin Abdul Rashid berkata, TTITC merupakan sebuah institusi pendidikan berteraskan perkayuan milik kerajaan negeri.

"Program latihan di TTITC mendapat pembiayaan kewangan daripada Yayasan Terengganu, Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Kemahiran Mara (IKMara) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

"Majlis konvokesyen ini membabitkan seramai 70 graduan daripada 361 pelatih yang masih belum bergraduasi sejak 2019 berikutan pandemik Covid-19," katanya.

Menurutnya, ekoran pandemik sebelum ini TTITC tidak dapat membuat pengambilan pelatih sebanyak empat kali dan ia sudah pasti merencatkan program latihan kemahiran (TVET) secara amnya.

Muhyidin berkata, program di bawah tajaan penuh Yayasan Pendidikan Maidam menekankan kebolehkerjaan graduan apabila tamat latihan dan pilot projek bermula pada tahun lalu dengan peruntukan RM200,000 untuk 20 pelatih.

Tambahnya, bagi program SKM dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Yayasan Terengganu memainkan peranan dengan memberikan pembiayaan untuk anak negeri itu dengan peruntukan tahunan sejumlah 1.5 juta kepada TTITC.

"TTITC dengan kerjasama MTIB, pula sedang dalam proses menyiapkan Projek Model Ladang Buluh seluas 15 hektar di Kampung Teris, Hulu Telemong, di sini.

"Secara asasnya projek berkenaan adalah di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan bagi tujuan kajian dan pembangunan terhadap perkembangan industri buluh negara," katanya.

Menurutnya, dengan terbinanya sebuah galeri pameran dan ladang contoh yang terdiri daripada pelbagai spesies buluh daripada seluruh negara ianya bakal menjadi lokasi edu-tourism di daerah ini yang dijangka siap hujung tahun ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aya-sudah-termakbul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.059808 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list