View: 4541|Reply: 0
|
[Kelantan]
KPDN akan terjah bazar Ramadan, pantau harga
[Copy link]
|
|
AZMAN Ismail (kanan) diiringi oleh Pengarah Eksekutif Mydin, Tuan Salim Mydin Mohamed melawat jualan Rahmah sempena Pelancaran Kempen Klasiknya Raya di Ruang Legar Mydin Tunjung. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan melakukan pemantauan di bazar Ramadan menerusi Op Terjah bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan secara menyeluruh di bazar Ramadan di seluruh negeri selain menempatkan pegawai pemantau harga dan penguat kuasa secara tetap sepanjang bazar beroperasi.
Menurutnya, jumlah pegawai yang akan ditempatkan di setiap bazar Ramadan adalah bergantung keluasan tapak bazar di sesebuah kawasan.
"Menerusi Op Terjah juga, ia tidak tertumpu kepada bazar Ramadan sahaja, tetapi juga pasar-pasar basah dan pasar raya termasuk kedai makan terutamanya apabila mendapat aduan.
"Sekiranya pihak kami mendapat aduan, akan segera turun padang serta melakukan pemeriksaan mengejut dan jika didapati melanggar peraturan berkenaan maka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya selepas pelancaran Kempen Klasiknya Raya di Mydin Tunjong di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Azman berkata, walaupun kementerian tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga juadah yang dijual, namun sekiranya wujud unsur pengambilan untung secara berlebihan, tindakan boleh diambil menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Pada tahun lalu, terdapat beberapa gerai di bazar Ramadan yang didapati melakukan kesalahan dengan menjual juadah pada harga melebihi 50 peratus daripada harga bahan mentah.
"Bagaimanapun, tidak ada kompaun yang dikenakan, sebaliknya kami memberikan amaran serta notis dan mereka akur," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amadan-pantau-harga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|