View: 4561|Reply: 3
|
Kelly Clarkson Serik Berlaki, Tapi Teringin Nak Bercinta Lagi
[Copy link]
|
|
Kelly Clarkson yang melalui fasa kegagalan dalam rumah tangga tidak merancang untuk kembali berumah tangga.
Sebaliknya penyanyi berusia 41 tahun itu mahu memberi fokus kepada dua orang anaknya.
Bagaimanapun, dia terbuka untuk menjalin hubungan cinta jika bertemu lelaki yang dapat memahami dirinya serta menerima statusnya sebagai ibu kepada dua anak.
IG
"Saya tidak mahu berkahwin lagi. Sepanjang hidup ini saya telah menyaksikan banyak perceraian.
"Namun saya mahu kembali bercinta. Saya mahu mencari seseorang dan kembali melalui fasa tersebut. Namun harus tahu bahawa saya kini sudah mempunyai anak," katanya dalam satu temubual podcast.
Tambah penyanyi lagu Because of You ini, dia juga amat memahami perasaan dua orang cahaya matanya kerana terpaksa melalui hidup dibesarkan oleh ibu bapa yang sudah bercerai, justeru dia mahu anak-anaknya sentiasa mendapat kasih sayang secukupnya.
Menurut Kelly selepas berpisah dengan bekas suaminya, Brandon Blackstock pada 2020, dia lebih selesa menghabiskan masa bersama anak-anaknya.
"Saya akan rasa amat sedih apabila anak-anak mahukan saya dan bekas suami kembali hidup bersama seperti sebuah keluarga.
"Saya faham perasaan mereka kerana saya juga melalui pengalaman sama. Jadi saya sentiasa ingatkan anak-anak bahawa meskipun ibu bapa berpisah namun kami akan sentiasa menjaga mereka," jelasnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
diet skit, dulu ko kurus jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka dia sebab nampak happy and kelakar jugak, sore memang power and sgt best |
|
|
|
|
|
|
| |
|