CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4259|Reply: 0

[Johor] Johor pertimbang ketatkan garis panduan pembangunan lereng bukit

[Copy link]
Post time 19-3-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan garis panduan pembangunan kawasan lereng bukit dalam usaha menangani perubahan iklim yang boleh mengakibatkan bencana pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, buat masa ini terdapat garis panduan di peringkat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tetapi kini, ia tidak dipraktikkan di peringkat 16 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau menjelaskan pembangunan di bahagian atas dan lereng bukit, boleh mengancam kawasan perumahan dan kampung di bahagian bawah memandangkan pembangunan dalam kebenaran merancang (KM) hanya tertumpu kepada kawasan pembangunan.

Justeru, Mohd Jafni berkata, pembangunan lain seperti pembesaran kolam takungan, longkang monsun dan pembetung juga tidak mengambil kira pembangunan semasa mahupun masa hadapan.

"Secara asasnya (garis panduan) ada, tetapi kalau melihat kepada projek-projek di lereng bukit ini mungkin apa yang dititahkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (DYMM) (Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar), mungkin kita nak tengok dan diperketatkan.

"Dan titah DYMM Tuanku melihat kepada lereng-lereng bukit disebabkan mungkin perubahan cuaca yang membabitkan isu banjir pada masa akan datang, isu pencemaran (juga), jadi isu ini di peringkat saya akan tengok dan kita akan adakan bengkel (dengan PBT)," katanya.

Menurut Mohd Jafni, penyelarasan perlu dibuat antara 16 PBT di Johor memandangkan terdapat perbezaan taraf, kerana ada PBT diklasifikasikan sebagai perbandaran, bandar raya dan daerah.

"Daripada bengkel yang kita buat, kita hendak tengok prosedur operasi standard (SOP) yang sekarang mereka praktikkan di setiap PBT. Lepas itu, kita akan rumuskan di mana perbezaan dan selaraskan di situ," katanya.

Beliau turut memberi contoh penyelarasan yang dibuat antara PBT termasuk kelulusan lesen penjaja selain yang akan dibuat termasuk pelaksanaan CCTV pintar dan parkir pintar.

Ketika titah perasmian pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Khamis lalu, Sultan Ibrahim mengingatkan semua PBT agar memastikan setiap pembangunan di kawasan berbukit atau tanah tinggi, mestilah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa yang boleh.

Baginda bertitah, pihak pemaju tidak wajar dibenarkan untuk meratakan permukaan tanah kesemuanya dan jika kerja pemotongan bukit perlu dibuat, ia mesti dikawal dan dilakukan secara minimum.

Justeru, Sultan Johor mahu Datuk Bandar dan Yang Dipertua semua PBT di negeri itu menyelidik dahulu sebelum betul-betul meluluskan semua pelan kerja tanah membabitkan pembangunan di kawasan berbukit atau tanah tinggi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngunan-lereng-bukit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034446 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list