|
KAMRIAH. FOTO Faizul Azlan Razak
Setiu: "Jika ikutkan perancangan suami mahu membawa saya berjalan-jalan ke Kota Bharu hari ini, namun menukar Isnin ini kerana mahu turun ke laut terlebih dulu," kata Kamriah Ali, isteri kepada Mahamad Harun, 63, yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Baru Penarik, di sini hari ini.
Kamriah, 65, berkata, suaminya ada memberitahu mahu turun ke jeti untuk membuang air di dalam bot gentian kacanya tidak jauh dari rumahnya pada 6.45 petang.
Menurutnya, dia mula risau apabila suaminya tidak pulang ke rumah selepas solat Maghrib dan ketika itu tidak mengesyaki perkara buruk berlaku.
"Selepas solat Maghrib, saya ke jeti mencari suami dan terkejut hanya menemui motosikal manakala bot gentian kaca milik suami tiada.
"Kemudiannya, saya memaklumkan kepada penduduk kampung sebelum mereka mencari dan menemui bot di kawasan paya bakau," katanya yang ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Kamriah berkata, dia berharap suaminya dapat ditemui semula dalam keadaan selamat, namun reda sekiranya perkara buruk menimpa suaminya itu.
"Saya bersama dua anak kembar berusia 27 tahun berdoa dan mengharapkan suami ditemui dalam apa jua keadaan sekalipun," katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan nelayan dikhuatiri lemas ketika sedang menguji bot gentian kaca berhampiran jeti pengkalan bot Kampung Baru Penarik, di sini, malam tadi.
Mahamad dari Kampung Baru Penarik, di sini tidak pulang ke rumah selepas turun ke sungai menguji bot gentian kaca kira-kira jam 7 malam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, operasi mencari mangsa giat dilakukan di kawasan sungai berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-keadaan-sekalipun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|