Dunia hiburan Indonesia pernah dihebohkan dengan berita selebriti media sosial Alshad Ahmad yang berkahwin hanya dalam tempoh dua bulan bersama bekas kekasihnya Nissa Asyifa.
Kedua-dua mereka sebelum ini tidak pernah mengumumkan tentang perkahwinan tersebut, namun rekod perceraian menunjukkan mereka secara rasmi sah bercerai pada hujung Disember tahun lalu.
IG
Lebih mengejutkan lagi, pasangan tersebut sebelum ini memilih jalan untuk bernikah secara senyap kerana ketika itu Nissa sedang hamil lapan bulan.
Menerusi laporan permohonan cerai yang dibuat Alshad yang juga sepupu kepada pengacara Raffi Ahmad, dia memilih untuk berpisah dengan Nissa kerana tiada persefahaman dan mengaku sering bertengkar.
"Alshad dan Nissa tidak sependapat dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Alshad terpaksa menikahi Nissa kerana ketika itu dia sedang hamil lapan bulan.
"Alshad telah mencari jalan terbaik untuk memperbaiki rumah tangga mereka termasuk perbincangan bersama keluarga. Namun kesemuanya gagal mendapat jalan penyelesaian dan akhirnya mereka berpisah," dedah laporan tersebut.
Alshad kini bercinta dengan Tiara.
Kisah mereka berdua mula menjadi bualan hangat baru-baru ini apabila Nissa memuat naik gambar anaknya di laman sosial.
Di sebalik cerita tersebut, netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap kekasih Alshad iaitu Tiara Andini kerana menjalinkan hubungan cinta dengan Alshad ketika dia berstatus suami orang.
Sumber: mStar |