View: 2190|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dua bot Vietnam menceroboh perairan dilupuskan
[Copy link]
|
|
DUA bot vietnam menceroboh perairan Terengganu dilupuskan.
Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu melupuskan dua bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak, hari ini.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, proses pelupusan itu dilakukan mengikut kaedah hancur musnah.
Katanya, kedua-dua bot berkenaan ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, selepas dikesan melakukan pencerobohan di perairan negeri ini tahun lalu
"Bot berkenaan ditahan bersama 12 kru tahun lalu di kedudukan 70 dan 113 batu nautika dari Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairulanuar berkata, APMM sentiasa mengambil tindakan tegas dalam memastikan perairan negara dilindungi dan kedaulatan negara terpelihara.
Beliau turut memohon kerjasama semua pihak terutama komuniti maritim yntuk melaporkan sebarang pencerobohan mahupun jenayah di perairan dengan menghubungi talian MERS 999.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perairan-dilupuskan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|