View: 1754|Reply: 0
|
[Terengganu]
Polis Terengganu pantau penjualan mercun, bunga api
[Copy link]
|
|
Polis hanya membenarkan penjualan beberapa kategori mercun yang telah ditetapkan oleh pihak Bukit Aman. - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu meningkatkan pemantauan penjualan mercun dan bunga api tanpa lesen sepanjang Ramadan ini.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, berkata pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa termasuk di kawasan bazar Ramadan dan lokasi tumpuan orang ramai.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menjual bahan larangan berkenaan sepanjang Ramadan.
"Sepanjang bulan puasa, kita sudah mengarahkan semua ketua polis daerah (KPD) mengambil tindakan tegas terhadap isu mercun.
"Kita hanya membenarkan penjualan beberapa kategori mercun yang telah ditetapkan oleh pihak Bukit Aman yang mana itu kita akan bagi kelulusan.
"Mana-mana mercun yang tidak dibenarkan, kita akan ambil tindakan tegas," katanya.
Wan Rukman berkata, pasukan khas di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah turut ditubuhkan bagi memantau aktiviti berkenaan.
Katanya, pihaknya memandang serius aktiviti berkenaan kerana tidak mahu kejadian tidak diingini seperti kebakaran, kecederaan atau kehilangan nyawa akibat bermain mercun berlaku.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-mercun-bunga-api |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|