View: 6144|Reply: 2
|
[Terengganu]
Keluar sendiri selepas 6 hari hilang di hutan
[Copy link]
|
|
ANGGOTA penyelamat ketika operasi mencari Mohd Azani yang hilang ketika memikat burung di hutan Bukit Sudu. FOTO Faizul Azlan Razak.
Kuala Nerus: Selepas enam hari, buruh yang hilang ketika memikat burung di hutan Bukit Sudu, di sini akhirnya ditemui selamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, mangsa, Mohd Azani Alias, 37, berjaya keluar sendiri dari hutan ke Kampung Lingai, Batu Rakit.
Katanya, seorang penduduk kampung kemudian membawa mangsa ke pos kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Felcra Bukit Sudu.
"Mangsa tiba di pos kawalan SAR pada 3.40 petang. Dia dalam keadaan baik dan dihantar oleh Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.
Abdul Rahim berkata, pihaknya akan merakam keterangan mangsa sebaik selesai pemeriksaan di hospital.
"Penemuan mangsa sekali gus menutup SAR yang digerakkan sejak 21 Mac lalu," katanya.
Pada 22 Mac lalu, media melaporkan Mohd Azani hilang selepas ke hutan berkenaan seorang diri untuk memikat burung.
Dia keluar dari rumah keluarga di Kampung Pengkalan Arang di sini pada 6.30 pagi, 20 Mac lalu namun gagal dihubungi sebelum keluarga membuat laporan polis pada 21 Mac.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ari-hilang-di-hutan |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting selamat semuanya |
|
|
|
|
|
|
|
Enam hari teguk air lopak untuk terus hidup
MOHD Azani menunjukkan kesan luka selepas berada enam hari berada dalam hutan Bukit Sudu yang ditemui di rumahnya Kampung Pengkalan Arang. FOTO Faizul Azlan Razak
Kuala Nerus: "Sepanjang enam hari berada dalam hutan, saya tidak makan apa-apa sebaliknya hanya minum air lopak sahaja.
"Setiap masa saya cuba mencari jalan keluar, namun gagal dan pandangan saya seolah-olah ditutup," kata Mohd Azani Alias, 37, yang hilang selama enam hari ketika keluar memikat burung di hutan Bukit Sudu, di sini, sejak Isnin lalu.
Menceritakan semuala kejadian, Mohd Azani berkata, selepas buntu menemui jalan keluar, dia tidak henti-henti berdoa supaya tidak berlaku kejadian buruk terhadapnya.
Menurutnya, dia juga memilih untuk tidur di atas pokok sebagai langkah keselamatan kerana bimbang didatangi binatang buas.
"Saya menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada orang mendengar, namun semuanya hampa apabila tiada seorang manusia ditemui dalam hutan berkenaan.
"Malah, saya turut terserempak dengan babi hutan dan dua ekor beruang, tetapi bersyukur tidak diapa-apakan," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, di sini, hari ini.
Mohd Azani berkata, sebelum ini dia pernah tersesat dalam hutan ketika memikat burung, namun berjaya menemui jalan keluar.
Menurutnya, kejadian kali ini sedikit pelik sekali gus membuatkan dirinya bertaubat untuk memikat burung pada masa depan.
"Saya masuk ke hutan bersama tiga beg mengandungi barangan memikat burung dan hari kedua kejadian, saya membuangnya dengan harapan ada orang menemui barangan itu.
"Malah, memasuki hari keenam saya bertekad dengan berkata tidak mahu lagi memikat burung selepas ini dan bersyukur tidak lama kemudian berjaya menemui jalan keluar.
"Saya tidak tahu jika semalam tidak menemui jalan keluar juga, mungkin sudah tiada apabila tubuhnya tidak bermaya selepas turun naik mendaki hutan selama enam hari," katanya yang mengalami luka tapak kaki, tangan dan badan akibat terkena pokok duri.
Semalam, portal Harian Metro melaporkan seorang buruh yang dipercayai hilang sejak enam hari lalu ketika memikat burung di Hutan Bukit Sudu, di sini, ditemukan selamat selepas keluar dengan sendiri dari hutan berkenaan.
Mangsa dikatakan berjaya keluar ke Kampung Lingai, Batu Rakit dan seorang penduduk kampung membawa mangsa ke pos kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Felcra Bukit Sudu pada 3.40 petang semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-untuk-terus-hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|