View: 1952|Reply: 0
|
[Johor]
Sembilan didenda RM2,000 terbabit pergaduhan
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video pergaduhan yang tular di media sosial hari ini.
Johor Bahru: Sembilan daripada 11 individu yang terbabit dalam pergaduhan di kawasan perumahan dekat Taman Cendana, Pasir Gudang di sini, minggu lalu, sudah didakwa di mahkamah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, sembilan daripada mereka sudah pun dituduh di Mahkamah Majistret di sini dan didenda RM2,000.
Katanya, 11 individu berkenaan termasuk seorang wanita berusia antara 17 sehingga 53 tahun ditangkap pada hari kejadian.
"Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada beberapa suspek yang ditangkap membuat bising setelah selepas minum arak," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hari ini, tular di media sosial satu video berdurasi seminit 31 saat menerusi akaun Twitter 'Jabatan Netizen Malaysia' yang memaparkan pergaduhan berkenaan.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada 11.05 malam, Ahad minggu lalu membabitkan sekumpulan warga tempatan di kawasan perumahan itu.
Menurutnya, semakan mendapati enam daripada suspek mempunyai 13 rekod jenayah serta tiga rekod berkaitan dadah.
Katanya, seorang daripada mereka juga mempunyai dua rekod dikehendaki polis atas kes dadah.
Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terbabit-pergaduhan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|