CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 0

[Terengganu] Pembantu tadika rugi RM167,525 ditipu Macau Sca

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadika di sini menanggung kerugian RM167,525 selepas ditipu dengan sindiket Macau Scam.

Kejadian dipercayai bermula pada Januari lalu apabila mangsa berusia 56 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai pihak insurans.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata suspek memaklumkan mangsa pernah membuat tuntutan insurans sebanyak RM68,000 kerana dimasukkan ke wad namun mangsa menafikan perkara berkenaan.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihubungi 'polis' yang mengaku dari Selangor sebelum dimaklumkan terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah.


"Panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada ketua polis balai yang bertindak bertanya beberapa maklumat peribadi sebelum dia sekali lagi menerima panggilan daripada pihak pendakwa raya.

"Mangsa diminta memindahkan semua wang ke dalam satu akaun miliknya dengan nombor talian akaun itu sudah ditukar manakala nombor pinnya juga diberikan pihak suspek sambil memaklumkan wang milik mangsa akan dijaga pihak Bank Negara.

"Suspek juga mengarahkan mangsa memadamkan setiap transaksi panggilan berkenaan dan mangsa memaklumkan memindahkan semua wangnya ke dalam satu akaunnya seperti diarahkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan kejadian berkenaan kepada anak saudaranya ketika dia mahu meminjam wang bagi menyelesaikan masalah dihadapinya.

Katanya, siasatan mendapati wang mangsa dipindahkan secara berperingkat ke akaun tidak dikenali bermula 26 Januari hingga 9 Mac lalu membabitkan kerugian sebanyak RM167,525.

"Mangsa membuat laporan polis pada 19 Mac lalu untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Abdul Rahim turut mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku daripada mana-mana agensi kerajaan atau bank.

Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya panik sekiranya menerima panggilan sedemikian dan diminta membuat semakan dengan pihak yang berkenaan terlebih dahulu selain tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi dan perbankan kepada individu tidak dikenali.

https://www.bharian.com.my/berit ... 5-ditipu-macau-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043175 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list