CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 1

[Perak] Arnab bakar juadah ‘rare’ di bazar Ramadan Ipoh

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

SHAHRUL SHANIZAM dan isterinya, Hamiza menunjukkan arnab bakar yang dijual di gerai mereka di Bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh.


IPOH – Kesukaran mendapatkan juadah berasaskan daging arnab mendorong sepasang suami isteri menjual hidangan berasaskan ternakan itu di Bazar Ramadan Stadium Perak di sini.

Shahrul Shanizam Abd. Rahman, 32, dan isterinya, Hamiza Saffee, 32, mengakui perniagaan dinamakan Arnab Terbang Terbakar itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak hari pertama dijual.

Shahrul Shanizam berkata, mereka menjual 60 ekor ar­nab bakar sehari memandangkan hanya gerainya yang menjual hidangan itu di bazar berkenaan.

“Kami memilih untuk menjual arnab bakar kerana ia sukar diperoleh. Ternakan itu mempunyai potensi tinggi untuk diko­mersialkan, jadi ia mendorong saya serta isteri menjualnya.

“Harga arnab bakar berbeza mengikut saiz antara RM55 dan RM70 seekor. Pelanggan juga boleh membeli separuh pada harga RM35,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Lelaki itu berkata, setiap hidangan dijual disertakan air asam atau sos lada hitam sebagai pencicah manakala nasi kukus pula diberikan secara percuma.

Kebanyakan pelanggan Arnab Terbang Terbakar terdiri daripada mereka yang pertama kali mencuba daging arnab selain peminat ternakan itu.

“Jika ditanya tentang rasanya, ia seperti kita memakan ayam biarpun mungkin terdapat perbezaan dari segi kekenyalan dagingnya.

“Ada peminat daging arnab yang membeli sehingga empat ekor. Selain arnab, kami juga menjual kambing bakar madu dan ayam bakar. Jadi pelanggan mempunyai pilihan jika mereka singgah di gerai ini,” katanya.

SHAHRUL SHANIZAM dan isterinya, Hamiza menunjukkan arnab bakar yang dijual di gerai mereka di Bazar Ramadan Stadium Perak, Ipoh.


https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... bazar-ramadan-ipoh/


** khas untuk @novelloverzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh rege kalah ayam. Arnab byk tulang kecik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.375609 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list