View: 1997|Reply: 0
|
[Selangor]
Rindu gurauan dan usikan arwah suami
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0327rsrindu_1679899504.jpg)
HULU LANGAT 27 MAC 2023. Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menyampaikan sumbangan kotak prihatin PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) kepada balu Allahyarham Khairul Nizam, Siti Nur Aishah Mohd Ali bersama tiga anaknya dikediamanya di Kampung Sungai Michu, Hulu langat. STR/HAZREEN MOHAMAD
Hulu Langat: "Abang kena belajar rajin-rajin sebab abang harapan mama dan adik-adik." Itu pesanan terakhir seorang penghantar makanan kepada anak sulungnya sebelum dia maut dalam kemalangan pada 11 Mac lalu.
Balunya, Siti Nur Aishah Mohd Ali, 31, berkata beberapa hari sebelum kejadian Allahyarham Mohamad Khairul Nizam Abdul Rashid, 30, menitipkan pesanan itu kepada anak lelakinya yang berusia 10 tahun.
Menurutnya, pemergian suaminya bukan sahaja dirasai ahli keluarga, malah seluruh kejiranan terutama kanak-kanak di kampung itu yang sangat rapat dengannya.
"Sampai sahaja jenazah di rumah masa itu, dah penuh dengan jiran-jiran dan budak-budak kampung semua menangis, sedih. Hampir sekampung datang ziarah dia.
"Dia memang ceria, baik… anak-anak jiran semua sayang dia. Budak-budak kalau basikal rosak, datang saja ke rumah, dia akan baiki, tak payah bayar apa-apa.
"Petang-petang dia ajar budak-budak main bola, dia bawa dia orang main bola, kalau pergi memancing dia akan jagalah budak-budak ini... memang dia macam itu, jiran-jiran semua tahu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Michu, di sini, hari ini
Siti Nur Aishah berkata demikian ketika ditemui pada penyerahan faedah kepada waris Allahyarham Mohamad Khairul Nizam yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Bukit Ampang, Selangor selepas membuat penghantaran makanan.
Turut hadir, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz.
Mengulas lanjut kejadian, Siti Nur Aishah berkata, kali terakhir mereka berhubung menerusi WhatsApp, arwah memberitahu dia dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar 2.26 petang.
"Kira-kira 3.12 petang saya terima panggilan menyatakan suami saya kemalangan maut dan tanpa membuang masa saya cakap pada adik yang saya nak pergi naik motosikal sebab nak cepat.
"Lepas sampai saya nampak keadaan arwah dah bertutup, polis cakap jangan tengok, tapi saya tetap lari dan buka (penutup) jenazah tu.
"Keadaan dia tak teruk sangat, jenazah dia sempurna malah bila mandikan tak ada luka-luka, cuma itulah kecederaan dalaman," katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, pemergian Allahyarham amat dirasai menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti kerana suaminya sentiasa bersemangat menyambut bulan mulia berkenaan.
Menurutnya, perkara paling dirindui adalah perangai Allahyarham yang rajin mengusik dan bergurau walaupun sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga.
"Dia (arwah) akan teruja kalau masuk Ramadan ini. Dia akan pastikan persiapan baju raya saya dan anak-anak nombor satu… diri dia tak ada baju raya, dia tak kisah.
"Semua tahu dia sayang saya macam mana, adik beradik dia, keluarga saya semua tahu macam mana dia sayang dan jaga saya dan anak-anak… jadi pemergian dia memang amat dirasai," katanya.
Sementara itu, Mohammed Azman memuji inisiatif Allahyarham yang mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Katanya, hasil caruman itu keluarga Allahyarham bakal menerima bantuan bulanan sebanyak yang diharap sedikit sebanyak mengurangkan beban ditanggung balunya.
"Perkeso menyeru golongan pekerja gig agar mengambil iktibar dari kisah ini dan mendaftar serta mencarum dengan SKSPS. Kerajaan menaja caruman sebanyak 80 peratus jadi pekerja hanya perlu membayar RM46.60 sahaja setahun.
"Jadi saya minta 'rider' untuk mencarum. Malang tidak berbau… janganlah tidak mendaftar kalau jadi apa-apa, tiada bantuan kepada isteri dan anak-anak macam mana?" katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -usikan-arwah-suami |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|