CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki ditahan bersama rokok seludup bernilai RM174,300

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (kanan) bersama pegawainya menunjukkan rampasan rokok dengan nilai cukai sebanyak RM367,449. termasuk dua kenderaan dianggarkan bernilai lebih RM551,000 di Kuala Krai pada sidang media di Ibu Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rantau Panjang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup rokok selepas merampas 441,120 batang rokok pelbagai jenama di Kuala Krai, Isnin minggu lalu.

Rampasan berkenaan dilakukan Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang pada 11 pagi membabitkan dua rumah.

Menerusi operasi berkenaan, seorang lelaki yang dipercayai penyeludup berusia 40-an yang juga pemilik rumah berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat dan melakukan intipan.

"Berdasarkan intipan, kita menyerbu dua rumah yang membawa kepada rampasan rokok dianggarkan bernilai RM174,300 di pasaran tempatan dengan kehilangan nilai cukai sebanyak RM367,449.

"Secara keseluruhan, jumlah nilai rampasan termasuk dua kenderaan dianggarkan bernilai lebih RM551,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek adalah mengangkut bekalan rokok terbabit dari selatan tanah air ran disimpan di satu tempat sebelum diedarkan kepada pelanggan.

"Kita percaya bekalan terbabit untuk pasaran tempatan dan kita masih menyiasat pembabitan suspek dengan aktiviti penyeludupan itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai supaya membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan lain-lain.

"Kita juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja menyebabkan negara kehilangan hasil, sebaliknya mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-bernilai-rm174300
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.324669 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list